Agama adat Iban

Masyarakat Iban rumpun Dayak yang menduduki Sarawak, Johor, Kalimantan Barat dan Brunei dalam pulau Borneo mempunyai suatu anutan khas diturunkan sejak berzaman-zaman disebutkan sebagai pengarap asal. Agama ini dianuti sebanyak 13.63% dalam kalangan masyarakat Iban Sarawak menurut banci dilakukan kerajaan Malaysia tahun 2010.[1]

Kajian mengenai agama dan kepercayaan adat masyarakat ini telah lama dikajikan banyak cendekiawan baik yang setempat mahupun dari luar negara seperti Erik Jensen dan Benedict Sandin.

Mitologi

Betara yang disembah

Masyarakat Iban umumnya mempunyai suatu dewa utama yang disembah bernama Bunsu (Kree) Petara yang tidak beribu bapa dan mencipta segala-galanya di dunia ini dan dunia lain.[2] Bunsu Petara menghulu dewa-dewi tujuh kesemuanya yang disebutkan sebagai Tansang Kenyalang:[3][4]

  • Sengalang Burong, dewa perang dan penyembuh
  • Biku Bunsu Petara sebagai pembantu dan pendeta utama
  • Menjaya sebagai dukun (manang) pertama dan dewa perubatan
  • Selampandai sebagai dewa penciptaan
  • Sempulang Gana dan Semarugah, dewa-dewa pertanian dan tanah
  • Ini Inda/Inee/Andan, dewa keadilan
  • Anda Mara, dewa kekayaan.

Para betara ini dipercayai lahir dari Raja Jembu berdatukkan Raja Durong yang dikatakan beasal dari Sumatra.[5]

Alam

Sebanyak empat jenis darjat yang dipercayai dan disembah dalam alam agama ini iaitu Bunsu Petara yang tertinggi, Tansang Kenyalang, roh suci Orang Panggau Libau (setaraf bidadari)[6] dan Gelong, roh hantu (Bunsu Antu) dan roh nenek moyang yang telah mati.[4]

Pemujaan

James Jemut Masing dan Benedict Sandin membahagikan pemujaan yang ada dalam masyarakat ini kepada tiga kategori: bedaracode: iba is deprecated yang paling tinggi, gawacode: iba is deprecated dan gawaicode: iba is deprecated .

Bedara

Bedara merupakan upacara melibatkan suatu penyemahan (miring) yang lazim diadakan dalam sesebuah rumah panjang: bedara yang diadakan dalam bilik keluarga disebut sebagai bedera matacode: iba is deprecated ("bedera mentah") manakala bedara yang diadakan di ruang umum rumah atau ruaicode: iba is deprecated disebut sebagai bedara mansaucode: iba is deprecated ("bedara masak"). Jenis miring lain yang diketahui termasuk minta ujancode: iba is deprecated , minta panascode: iba is deprecated , berunsurcode: iba is deprecated (penyucian roh), mudascode: iba is deprecated (membaca petanda tilikan), muja menuacode: iba is deprecated ("puja benua", upacara menenangkan roh semangat sekitaran meminta ampun atas perbuatan manusia),[7] pelasi menuacode: iba is deprecated ("membersih benua" yakni menyemah menyucikan tanah sekitaran),[8] genselan menoacode: iba is deprecated (adat tumpah darah) serta nasih tanahcode: iba is deprecated (pemberian tanah).

Gawa

Gawa melibatkan pengucapan mantera sehari semalam oleh orang yang mampu berantara khusus dengan Petara dan Panggau Libau yang disebutkan sebagai lemambangcode: iba is deprecated .[6] Upacara gawa yang diketahui termasuk gawa beintu-intucode: iba is deprecated dan gawa tuahcode: iba is deprecated .

Gawai

Gawai pada umumnya melibatkan perayaan besar melibatkan upacara pengucapan mantera oleh para lemambangcode: iba is deprecated selama berhari-hari ke sampai seminggu seiring kitaran padi: gawau-gawai ini diadakan untuk memperingati peristiwa dan kegiatan tertentu seperti gawai bumaicode: iba is deprecated (selepas bertani), gawai amat/asalcode: iba is deprecated atau gawai burongcode: iba is deprecated ), gawai tuahcode: iba is deprecated , gawai lelabicode: iba is deprecated (meraikan perkahwinan), gawai sakitcode: iba is deprecated , gawai antucode: iba is deprecated (memperingat roh yang telah pergi) serta gawai ngarcode: iba is deprecated (selepas bekerja anyam kain).

Rujukan

  1. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Mac 2015. Dicapai pada 17 Jun 2012. checked: yes. p. 108.
  2. ^ "Perham's Sea Dyak Gods – Part I". Ibanology. 18 May 2013. Dicapai pada 3 December 2016.
  3. ^ "7 Iban gods from Raja Chenanum". Ibanology. 21 April 2013. Dicapai pada 3 December 2016.
  4. ^ a b Benedict Sandin: The Iban Augury
  5. ^ Raja Burong by Benedict Sandin
  6. ^ a b Edward, Churchill (1 Jun 2017). "Remembering the 'Lemambang'". The Borneo Post.
  7. ^ Sibon, Peter (5 Disember 2010). "Muja Menua… appeasing the angry gods". The Borneo Post.
  8. ^ Adat Iban 1993. Kota Samarahan: Mahkamah Bumiputera Sarawak, Kerajaan Sarawak. 1993.

Sumber utama

  • Jensen, Erik (1974). The Iban and their religion. Oxford: Clarendon Press.
  • Masing, James Jemut (1997). The coming of the gods: An Iban invocatory chant (timang gawai amat) of the Baleh river region Sarawak. Canberra, Australia: Jabatan Antropologi Sekolah Penyelidikan Kajian Pasifik, Universiti Nasional Australia. ISBN 9780731525560.
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan Brunei ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkenaan Sarawak ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkenaan Kalimantan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s