Aku Yang Kau Tinggalkan

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Melodrama
Berdasarkan daripada
Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina HaizarDitulis olehPGRS Team
Rozie Rashid
AB RashidPengarahAzri Izhar
Dibintangi oleh
  • Ungku Ismail Aziz
  • Elizad Sharifuddin
  • Aedy Ashraf
Lagu pembukaan"Puas" oleh Amir MasdiLagu penutup"Puas" oleh Amir MasdiNegara asal MalaysiaBahasaMelayuBilangan episod30PenerbitanPenerbit eksekutif
  • Zetty Alia Dato ' Ramly
  • Zetty Adila Dato ' Ramly
PenerbitDato Zaitun Mohd JiwaTempoh siaran38 minit
Syarikat penerbitan
Global StationPenyiaranSaluran asal
  • TV1 (Slot Widuri)
Siaran asal6 Mei 2019 – 4 Jun 2019KronologiMengikutiSara Kirana (drama)Diikuti olehNota Buat Cempaka

Aku Yang Kau Tinggalkan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Azri Izhar, dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin dan Aedy Ashraf. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1.

Sinopsis

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.


Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ? ?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu