Al-Darimi

Al-Darimi
Peribadi
Kelahiran0181 (0181) Hijrah
0797 (0797) Masihi
Samarkand, Khilafah Abbasiyah
Kematian0255 (berumur 73–74) (Hijrah)
0869 (berumur 71–72) (Masihi)
Muscat, Khilafah Abbasiyah
AgamaIslam
KawasanKhilafah Abbasiyah
Mazhab akidahAhli Sunah Waljamaah
Mazhab fikahSyafii
AkidahAthari
Kecenderungan utamaPengajian hadis
Karya pentingSunan al-Darimi

Abdullah ibn Abdul Rahman al-Darimi (Arab: عبد الله بن عبد الرحمن الدارمي, rumi: Abd Allāh ibn ʿAbd al-Raḥmān al-Dārimīcode: ar is deprecated ; 797–869 M) ialah seorang ulama Islam dan seorang Imam berketurunan Arab.[1] Karya terbaiknya yang terkenal ialah Sunan al-Darimi, sebuah himpunan buku hadis,[2] yang menjadi salah satu daripada Sembilan Kitab (Al-Kutub Al-Tis’ah).[3]

Biografi

Al-Darimi datang daripada suku keluarga Banu Darim bin Malik bin Hanzalah bin Zaid bin Manah bin Tamim, atau suku Arab Banu Tamim. Dia juga dikenali sebagai al-Tamimi, yang mempunyai hubungan dengan Tamim bin Murrah, salah seorang leluhur Banu Darim.

Al-Darimi menyatakan, "Saya dilahirkan pada tahun yang sama Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia, dan Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia pada 181 H." 

Al-Darimi meriwayatkan hadis daripada Yazid ibn Harun [ar], Abdullah bin Awn, dan lain-lain. Sebilangan ulama juga meriwayatkan hadis daripadanya, termasuk Muslim bin al-Hajjaj, Abu Daud, al-Tirmizi, dan Abu Zur'ah al-Razi.

Karya

  • Sunan al-Darimi: himpunan hadis nabi
  • Tafsir al-Darimi: tafsir yang disebut oleh Al-Zahabi
  • Al-Jami'a: disebut oleh Al-Khatib al-Baghdadi

Rujukan

  1. ^ Brown, Jonathan A. C. (2012-12-01). "al-Dārimī". Encyclopaedia of Islam, THREE (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Studia Orientalia (dalam bahasa Inggeris). The Society. 2006. ISBN 978-951-9380-66-7.
  3. ^ "The nine books of Hadith – Hadith Answers" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-15.

Pautan luar

  • Biodata di MuslimScholars.info
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Belanda
  • Sweden
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain