Baik Punya Ah Long

Baik Punya Ah Long
PengarahAfdlin Shauki
Penulis
  • Afdlin Shauki
  • Haris M. Nor
  • Shafiq Azraei Shah
  • Pacai
  • Sid Murshid
Dihasilkan oleh
  • Ako Mustapha
  • Marcella Biddulph
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
  • Tung Yow Kong (eksekutif)
  • Afdlin Shauki (eksekutif)
  • Vinod Sekhar (eksekutif)
Dibintangi
  • Johan Raja Lawak
  • Zizan Razak
  • Liyana Jasmay
  • Afdlin Shauki
  • Adlin Aman Ramlie
  • Adibah Noor
  • Chew Kin Wah
  • Mia Sara Shauki
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehAizam Syamsul Aksan
Muzik olehPacai
Syarikat
penerbitan
  • Astro Shaw
  • Vision Works
  • Golden Screen Cinemas
Diedarkan oleh
  • Astro Shaw
  • GSC Movies (Malaysia)
Tarikh tayangan
  • 12 September 2024 (2024-09-12) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1 juta

Baik Punya Ah Long ialah sebuah filem muzikal komedi 2024 Malaysia arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Haris M. Nor, Shafiq Azraei Shah, Sid Murshid dan Pacai. Diterbitkan oleh Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Petra Vision Works serta edaran bersama Astro Shaw dan GSC Movies, filem ini dibintangi oleh Jozan (Johan dan Zizan Razak), Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Allahyarham Adibah Noor, Chew Kin Wah, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.

Ia merupakan filem kedua (selepas Harimau Malaya: The Untold Journey yang ditayangkan terlebih dahulu) arahannya dalam tempoh 10 tahun sejak Papadom 2 (2013). Ia ditayangkan pada 12 September 2024.

Sinopsis

Dua beradik yang bergelut memulakan perniagaan pinjaman wang, menghadapi tentangan hebat daripada pesaing Ah Long. Mereka mesti menyelamatkan seorang tukang jahit daripada musuh yang kejam sambil cuba berjaya dalam perniagaan untuk menghormati mandat bapa angkat mereka.

Pelakon

Penerbitan

Selepas filem Papadom 2 arahannya ditayangkan, Afdlin memutuskan untuk bersara dari kerusi pengarah. Bagaimanapun pada September 2020, beliau mengumumkan bahawa akan kembali mengarah filem terbaharu bagi memenuhi janjinya kepada Din Beramboi yang meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi berdarah.[3]

Alumni Raja Lawak Astro musim pertama, Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini. Kali terakhir mereka digandingkan bersama ialah pada 2012 menerusi filem Uncle Usin.[4] Pra-produksi dimulakan pada 2013 dengan penggambaran dijalankan pada hujung 2020.[5]

Rujukan

  1. ^ Ashraf Nasser (15 September 2020). "Zizan Razak dedah wataknya dalam filem "Baik Punya Ah Long"". Cinema Online. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Oktober 2021). "Bergelar pengarah, Liyana tetap berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  3. ^ Badrul Hashim (2 November 2020). ""Antaranya janji kepada arwah Din Beramboi..." - Afdlin Shauki kongsi sebab realisasikan filem Baik Punya Ah Long". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  4. ^ "Zizan & Johan Bakal Bergandingan Dalam Filem Baik Punya Ah Long". Kakimuvee. 12 September 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  5. ^ Nazar Rafiqhi (Oktober 2020). ""Antaranya, janji kepada arwah Din Beramboi" - Tamat shooting, Afdlin Shauki dedah 8 tahun 'peram' karya Baik Punya Ah Long". Media Hiburan. Dicapai pada 26 Oktober 2021.

Pautan luar