Cinta Korporat
- Drama
- cinta
- keluarga
- Azhar Sulaiman
- Azah Aziz
- Rusdi Ramli
- Malaysia
- United Kingdom
- New Zealand
- India
Cinta Korporat ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di TV3 pada 1996, dibintangi Azah Aziz, Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli.[1] Ia diarahkan oleh Tony Francis Gitom yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Drama ini disiarkan menerusi Slot Identiti bermula 14 Mei 1996 [2].
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
Azhar memilih Lisa seorang perempuan Melayu menjadi setiusahanya. Azhar dan Badrul berlumba - lumba untuk memikat hati Lisa. Badrul memberitahu Azhar supaya menghantar dia bertugas di luar London kerana tidak mahu bergaduh lagi dengan Sherin. Sherin mengajak Badrul balik ke Malaysia untuk bercuti dan berjumpa dengan ibu bapanya. Azhar setuju memberi cuti sebulan pada Badrul.
Pelakon
- Azhar Sulaiman
- Azah Aziz
- Rusdi Ramli
- Darling Ngasri
- Anne Ngasri
- Melissa Saila
- Nasliza Ngasri
- Zarina AR
- Jasmin Hamid
- Amyza Adnan
- Sasha Saidin
- Rosnah Mat Aris
- Nasha Aziz
- Ramona Rahman
- Tantiana
- Sharifah Shahirah
- Umie Aida
- Zila Bakarin
- Ramli Saleh
Muzik dan runut bunyi
- "Kembalilah" - Amy Mastura
- "Di Pintu Harapan" - Amy Mastura
- "Kasih Kita" - Amy Mastura
- "Katakanlah" - Nora