Doraemon dan Rakan-Rakan

Kulit buku jilid ke-5

Doraemon dan Rakan-Rakan atau The Doraemons (ザ☆ドラえもんズ Za Doraemonzu) ialah suatu siri manga, berdasarkan siri Doraemon. Ia merupakan karya Doumei Tanaka(田中道明). Versi asalnya diterbitkan oleh Shogakukan di Jepun. Komik ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan di Malaysia oleh Tora Aman. Tajuk bagi versi Bahasa Melayu ditukarkan kepada Doraemon dan Rakan-Rakan.

Jalan cerita dan watak

Templat:Spoiler The Doraemons merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh Doraemon dan rakan-rakannya ketika mereka menuntut di Sekolah Robot (bahasa Jepun: ロボット学校 Robotto Gakkō). Mereka suka makan dorayaki, tetapi selalunya menambah perisa kegemaran sendiri. Kesemua ahli The Doraemons mempunyai kepala yang keras yang boleh digunakan sebagai senjata. Doraemon, yang tiada senjata lain, amat sesuai untuk menggunakannya, kerana dia tidak memakai topi dan tiada telinga yang boleh menyukarkannya ketika menyerang dengan cara ini. Ahli-ahli The Doraemons ialah:

  • Doraemon (ドラえもん) Robot pengasuh yang disambar petir ketika dilahirkan. Telinga Doraemon digigit oleh seekor robot tikus secara tidak sengaja lalu terpaksa dibuang telinganya. Doraemon berasa sangat sedih sehingga air matanya menanggalkan warna kuningnya, lalu menjadi biru. Menggemari dorayaki asli abad ke-20.
  • Dora Zakitsudo (ドラ・ザ・キッド Dora za Kiddo) – Robot penembak yang amat mahir dalam menembak, tetapi takut akan ketinggian (akrofobia). Dia bekerja sebagai timbalan syerif pada abad ke-19 di Amerika Syarikat. Senjata Dora Kitsudo ialah senapang angin, yang dipakai di tangannya. Senapang angin mengeluarkan angin dengan kuat untuk menjatuhkan musuh. Topi yang dipakai Dora Kid ialah topi 4-dimensi, dengan fungsi yang sama seperti poket 4-dimensi Doraemon. Teman wanitanya ialah Dorami, yang juga merupakan adik perempuan Doraemon. Menggemari dorayaki yang ditambah sos dan biji sawi.
  • Dora Wan (王ドラ Wan Dora) – Merupakan ahli terpandai dan seorang pakar kung fu. Dora Wan mempelajari bidang perubatan di Dinasti Qing, China sambil bekerja sebagai pembantu kepada seorang pakar perubatan tradisional Cina. Teman wanitanya, Mimiko (ミミコ), ialah seorang jururawat. Dalam salah satu cerita The Doraemon, Dora Wan menggunakan teknik Chun Li (seorang watak dalam siri Street Fighter), tetapi tidak berkesan kerana kakinya yang pendek. Lengan baju Dora Wan berfungsi seperti poket 4-dimensinya. Dia seorang yang pemalu terhadap perempuan. Menggemari dorayaki dengan kicap.
  • Dora Metsudo III (ドラメッドⅢ世 Dora-meddo Sansei) – Memakai pakaian Arab dan mahir menilik menggunakan kad tarot. Dora Metsudo III tinggal di Timur Tengah kerana dia takut pada air (hidrofobia). Dia juga mahir dalam menggunakan magik. Impiannya adalah untuk membina Taman Tema Air untuk kanak-kanak yang tinggal di gurun. Apabila Dora Metsudo III marah, saiznya bertambah beberapa kali ganda, bergantung kepada tahap kemarahannya. Namun jika dia terkena air, dia terpaksa pulih kepada saiz asal secara automatik. Dora Metsudo III mempunyai lampu magik 4-dimensi. Menggemari dorayaki kering, kerana ketakutannya terhadap air.
  • Dora Nikofu (ドラニコフ Dora-nikofu) – Seorang yang pendiam, dan hanya boleh mengaum/menderum untuk berkomunikasi. Dia juga tidak tahan dengan kesejukan. Apabila ternampak sesuatu yang berbentuk bulat, Dora Nikofu akan bertukar menjadi serigala, dan menimbulkan huru-hara, walaupun masih dapat mengawal diri daripada menyerang rakan-rakannya dan orang lain. Cara ini selalu digunakan untuk menyerang musuh, iaitu dengan menggigit mereka. Mampu menghembus api dari mulutnya dengan memakan sesuatu yang pedas. Dia tinggal di Rusia. Dora Nikofu menggunakan kain yang menutupi mukanya sebagai poket 4-dimensinya. Dia selalunya tidak makan dorayaki bersama ahli yang lain, kerana bentuk dorayaki yang bulat, oleh itu tidak diketahui perisa dorayaki yang digemarinya.
  • Dora Eru Mata (エル・マタドーラ Eru Matadōra) – Seorang yang amat kuat dan gagah, dan suka tidur (siesta). Tinggal pada abad ke-17 di Sepanyol. Bekerja sebagai pencuci pinggan, matlamat sebenarnya adalah untuk membantu golongan miskin. Mempunyai kain magik yang boleh menjatuhkan musuh dan memalingkan peluru (dan lain-lain). Dora Eru Mata boleh berubah kepada Keikai-Dora, dengan perwatakan mirip dengan Zorro. Beza antara Dora Eru Mata dan Keikai-Dora dari segi rupa hanyalah kain magiknya yang ditarik menutupi kepala Keikai-Dora. Seperti Zorro, Dora Eru Mata akan meninggalkan tanda "D" pada pakaian musuh atau memotong seluar musuh sehingga tertanggal. Impiannya adalah untuk menjadi seorang matador. Hanya Dora Eru Mata, selain Doraemon, yang menggunakan poket 4-dimensi. Menggemari dorayaki dengan sos spaghetti.
  • Dora Rinyo (ドラリーニョ Dora Rīnyo) – Amat pantas, tetapi seorang yang pelupa. Dia tinggal di Brazil. Mengisi masanya dengan bermain bola sepak bersama dengan seorang budak Brazil, Nobinho (ノビーニョ Nobīnyo), dan kumpulan Mini-Dora (ミニドラ軍団 Mini-Dora Gundan). Setiap Mini-Dora mempunyai poket 4-dimensi yang kecil, yang membolehkan Dora Rinyo untuk mengambil alatan-alatan, walaupun alatan-alatan itu sama kecil seperti Mini-Dora. Dora Rinyo menyerang musuh dengan menyepak bola ke arah mereka. Menggemari dorayaki pedas.

Templat:Endspoiler

  • l
  • b
  • s
Francais
Fail:Doraemon logo.png
Anime
  • Siri 1973 series
  • Siri 1979 (episod)
  • Siri 2005 (musim 1-3, 4-6, 7-9, 10-12)
Filem
  • Nobita's Dinosaur (1980)
  • Spaceblazer (1981)
  • Haunts of Evil (1982)
  • Castle of the Undersea Devil (1983)
  • Into the Underworld (1984)
  • Little Star Wars (1985)
  • Steel Troops (1986)
  • Knights on Dinosaurs (1987)
  • Visit to the West (1988)
  • Birth of Japan (1989)
  • Animal Planet (1990)
  • Dorabian Nights (1991)
  • Kingdom of Clouds (1992)
  • Tin Labyrinth (1993)
  • Three Visionary Swordsmen (1994)
  • Diary of the Creation of the World (1995)
  • Galaxy Super-express (1996)
  • Spiral City (1997)
  • Great Adventure in the South Seas (1998)
  • Drifts in the Universe (1999)
  • Legend of the Sun King (2000)
  • Winged Braves (2001)
  • Robot Kingdom (2002)
  • The Windmasters (2003)
  • Wannyan Space-Time Odyssey (2004)
  • Nobita's Dinosaur 2006 (2006)
  • Nobita's New Great Adventure into the Underworld (2007)
  • Nobita and the Green Giant Legend (2008)
  • Nobita's Spaceblazer (2009)
  • Nobita's Great Battle of the Mermaid King (2010)
  • Nobita and the New Steel Troops—Winged Angels (2011)
  • Nobita and the Island of Miracles—Animal Adventure (2012)
  • Nobita's Secret Gadget Museum (2013)
  • New Nobita's Great Demon—Peko and the Exploration Party of Five (2014)
  • Stand by Me Doraemon (3D, 2014)
  • Nobita's Space Heroes (2015)
  • Nobita and the Birth of Japan 2016 (2016)
  • Nobita and the Great Adventure in the Antarctic Kachi Kochi (2017)
  • Nobita no Takarajima (2018)
  • Nobita no Getsumen Tansaki (2019)
  • Nobita no Shin Kyōryū (2020)
  • Stand by Me Doraemon 2 (3D, 2020)
Filem pendek
Doraemon
  • What Am I for Momotaro (1981)
  • Future Note (1994)
  • 2112: The Birth of Doraemon (1995)
  • Doraemon Comes Back (1998)
  • Nobita's the Night Before a Wedding (1999)
  • A Grandmother's Recollections (2000)
  • Ganbare! Gian!! (2001)
  • The Day When I Was Born (2002)
  • Doraemon 25 Anniversary (2004)
  • Doraemon 3D Short (2008)
Dorami
  • Mini-Dora SOS (1989)
  • Wow, The Kid Gang of Bandits (1991)
  • Hello, Dynosis Kids (1993)
  • A Blue Straw Hat (1994)
Dorami & The Doraemons
  • Dorami & Doraemons: Robot School's Seven Mysteries (1996)
  • Space Land's Critical Event (2001)
The Doraemons
  • The Puzzling Challenge Letter of the Mysterious Thief Dorapan (1997)
  • The Great Operating of Springing Insects (1998)
  • Doki Doki Wildcat Engine (2000)
  • Goal! Goal! Goal!! (2002)
Permainan video
  • Doraemon (1986)
  • Doraemon: Meikyū Daisakusen (1989)
  • SOS! Otogi no Kuni (1997)
  • Nobita to Mittsu no Seireiseki (1997)
  • Minna de Asobō! Minidorando (2002)
  • Doraemon Land (game show)
  • Doraemon Story of Seasons (2019)
Muzik
  • Doraemon no Uta
  • Yume wo Kanaete Doraemon
  • Senarai album soundtrack Doraemon
  • Kategori