Franklin W. Dixon

Franklin W. Dixon ialah nama pena yang dipergunakan oleh berbagai-bagai penulis yang berbeza yang menulis siri novel Budak-budak Lelaki Hardy untuk syarikat penerbitan Sindiket Stratemeyer. Nama samaran ini juga dipergunakan untuk siri Cerita-cerita Penerbangan Ted Scott.


Sejarah

Edward L. Stratemeyer (1862 - 1930) ialah pencipta nama samaran "Franklin W. Dixon" untuk siri-siri novel Budak-budak lelaki Hardy, dan Cerita-cerita Penerbangan Ted Scott.

Stratemeyer juga adalah tokoh di belakang sebilangan jalan cerita yang dikembangkan semata-mata untuk syarikat penerbitan miliknya. Walaupun Stratemeyer mempunyai banyak idea, beliau tidak mempunyai kemahiran atau masa untuk menulis semua bukunya. Oleh itu, penulis-penulis digajikan untuk menulis, berdasarkan jalan-jalan ceritanya melalui kontrak-kontrak yang tidak membenarkan mereka mendedahkan peranan masing-masing dalam penulisan itu. Sebaliknya, nama pena Franklin W. Dixon dipergunakan untuk semua penulis dalam siri ini.

Menjelang waktu kematiannya pada tahun 1930, Stratemeyer telah membekalkan jalan-jalan cerita untuk sembilan buah buku yang pertama dalam siri Budak-budak lelaki Hardy. Anak-anak perempuannya, Edna Squier dan Harriet Adams, mengambil alih syarikatnya dan meneruskan penghasilan jalan-jalan cerita untuk siri itu. 58 judul yang pertama dalam siri tersebut diterbitkan oleh syarikat Stratemeyer sehingga tahun 1979 apabila hak ciptanya dijual kepada Simon dan Schuster. Karya-karya yang pertama ini telah dianggap oleh sesetengah peminat sebagai merupakan 'daftar karya' siri Budak-budak lelaki Hardy yang benar.

Daftar penulis

Yang berikut ialah penulis-penulis benar yang menulis di bawah nama pena Franklin W. Dixon untuk siri Budak-budak lelaki Hardy yang berjumlah 85 judul sehingga tahun 1985:

Penulis dua jilid atau lebih

  • Leslie McFarlane (1902 - 1977): Jilid 1-11, 15-16, dan 22-24
  • John Button: Jilid 17-21
  • Harriet Adams (1892-1982): Jilid 25, 43, dan 46
  • Andrew Svenson (1910-1975): Jilid 28-30, 39, 45, 48, 50, dan 52-54
  • William Dougherty: Jilid 31, dan 33
  • John Almquist (lahir 1913): Jilid 35-36
  • James Duncan Lawrence (lahir 1918): Jilid 37-38, 58-60, 62, 67, dan 74
  • James Buechler (lahir 1942?): Jilid 40-41
  • Vincent Buranelli (lahir 1919): Jilid 49, 51, 55-57, 61, 63-65, 71, 75, dan 77
  • Karl Harr III (lahir 1952): Jilid 70, 72, 78, dan 80
  • Laurence Swinburne (lahir 1924): Jilid 69, 73, dan 76

Penulis satu jilid

  • Amy McFarlane: Jilid 26
  • Geo. Waller, Jr.: Jilid 27
  • Richard Cohen: Jilid 32
  • Charles Stanley Strong (1906-1962): Jilid 34
  • Alistair Hunter: Jilid 42
  • David Grambs: Jilid 44
  • Jerrold Mundis: Jilid 47
  • Richard Denning: Jilid 66
  • Conrad Fuchs: Jilid 68
  • Neil Barrett, Jr.: Jilid 83
  • Pengarang tidak diketahui: Jilid 12-14, 79, 81-82, dan 84-85

Rujukan

  • Laman web BBC: Franklin W. Dixon

Pautan luar

  • Laman web Identiti WorldCat : Dixon, Franklin W. Diarkibkan 2012-10-03 di Wayback Machine