Gnu

Gnu
Seekor gnu di Taman
Negara Mikumi, Tanzania
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Chordata
Subfilum:
Vertebrata
Kelas:
Mamalia
Order:
Artiodactyla
Keluarga:
Bovidae
Genus:
Connochaetes

Lichtenstein, 1812
Spesies

Connochaetes gnou
Connochaetes taurinus

Gnu (Jawi: ڽوcode: ms is deprecated ) ialah sejenis haiwan darat besar seperti lembu yang ditemukan di kawasan padang-padang rumput Afrika Timur dan Selatan[1] dan digolongkan dalam genus Connochaetes keluarga Bovidae.[2] Kepalanya berbentuk seakan-akan kepala lembu dan bertanduk melengkung, ekornya panjang berjumbai di hujungnya.[1]

Taksonomi

Nama genus Connochaetes dijejak daripada kata-kata bahasa Yunani Purba κόννοςcode: el is deprecated kónnos "janggut" dan χαίτη khaítē 'surai'.[3]

Genus ini mempunyai dua spesies:[2] Connochaetes gnou yang duduk di banyak kawasan hutan dan padang rumput dan Connochaetes taurinus yang duduk di kawasan padang rumput terbuka sahaja.[4]

Ciri-ciri

Badan gnu jantan lebih besar daripada gnu betina, beratnya boleh mencecah 300 paun (140 kg).[5] Gnu jantan dan gnu betina boleh menumbuhkan tanduk.[1]

Tabiat

Ia makan rumput pendek.[5]

Rujukan

  1. ^ a b c "Wildebeest". Animals. National Geographic. 11 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2017. Dicapai pada 23 Ogos 2017.
  2. ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 676. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  3. ^ Benirschke, Kurt (2002). "Wildebeest, Gnu". Comparative Placentation. Universiti California San Diego. Dicapai pada 13 Ogos 2024.
  4. ^ Ackermann, Rebecca; Brink, James S.; Vrahimis, Savvas; de Klerk, Bonita (2010). "Hybrid Wildebeest (Artiodactyla: Bovidae) Provide Further Evidence For Shared Signatures of Admixture in Mammalian Crania". South African Journal of Science. 106 (11/12): 90–94. doi:10.4102/sajs.v106i11/12.423. hdl:11427/27315.
  5. ^ a b Ulfstrand 2002, m/s. 296–297.

Sumber-sumber

  • Ulfstrand, Staffan (2002). Savannah Lives: Animal Life and Human Evolution in Africa. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-850925-7.

Pautan luar

  • Information and Research on wildebeest movements in Masai Mara Diarkibkan 2011-06-11 di Wayback Machine