HAL TEDBF

Twin Engine Deck Based Fighter
Sebuah model pesawat HAL TEDBF dipamerkan di Aero India 2021
Peranan Pesawat tempur pelbagai peranan di atas kapal pengangkut pesawat
National origin India
Pengeluar Hindustan Aeronautics Limited
Kumpulan pereka Aeronautical Development Agency
Hindustan Aeronautics Limited
Defence Research and Development Organisation
Status Dalam pembangunan
Dibangunkan daripada HAL Tejas

HAL Twin Engine Deck Based Fighter (TEDBF) adalah sebuah pesawat tempur pelbagai peranan bersayap delta kanard, enjin berkembar dan beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat yang kini sedang dibangunkan untuk Tentera Laut India. TEDBF direka dan dibangunkan oleh Aeronautical Development Agency (ADA), dan akan dikeluarkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL).[1] TEDBF bertujuan untuk melaksanakan multi misi termasuk penguasaan udara, pemintasan udara, anti akses/penafian kawasan (A2/AD), peperangan anti kapal (ASW) dan peperangan elektronik (EW).[1] TEDBF dijangka akan mengantikan pesawat Mikoyan MiG-29K di atas INS Vikramaditya dan INS Vikrant.[2][1]

Program ini secara rasminya diumumkan pada tahun 2020, sebagai respon terhadap kekecewaan Tentera Laut India dalam menggunakan pesawat pejuang berenjin tunggal yang beroperasi di atas kapal berdasarkan rekabentuk HAL Tejas, dan akhirnya dikeluarkan daripada program LCA untuk tentera laut pada tahun 2016. Sebuah model pesawat ini telah dipamerkan di Aero India pada tahun 2021.[3] Penerbangan sulung dijangka pada tahun 2026,[4][5][6] dan pengeluaran bermula pada tahun 2031.[7]

Rujukan

  1. ^ a b c Sutton, H. I. (2021-03-17). "India's New Aircraft Carrier, Vikrant, May Get 5th-Generation Fighter". Naval News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2021. Dicapai pada 2021-06-10.
  2. ^ "MiG-29K Aircraft Replacement, Indian TEDBF Breaks Cover at Aero India 2021". www.defenseworld.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2021. Dicapai pada 2021-02-06.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
  4. ^ Kumar, Chethan (February 2, 2021). "Aero India to kick off on Wednesday". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2021. Dicapai pada 2021-02-04.
  5. ^ Jha, Manish Kumar. "DRDO's Light Tank Will Be Power Pack As "The Highest Altitude Operable Tank In The Globe": G. Satheesh Reddy, Chairman DRDO". BW Businessworld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-11.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Twin Engine Deck Based Fighter (TEDBF) Aircraft to take first flight in 2026". INFOTONLINE. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2023. Dicapai pada 5 June 2020.
  7. ^ "Interview with Admiral R Hari Kumar, Chief of the Naval Staff, Indian Navy" (PDF). VayuAerospace.IN (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-01. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 May 2022. Dicapai pada 2022-04-15.

Templat:HAL aircraft Templat:Defence Research and Development Organisation (DRDO)