Hacbek

Toyota Yaris adalah salah satu termahsyur yang popular di dunia.

Hacbek merupakan bentuk kereta penumpang 2-Box berasaskan sedan, dengan bahagian belakangnya lebih pendek dan pintu bagasi yang berpadu dengan kaca belakang. Pintu bagasi ini membuka ke atas dan ruang bagasi bergabung dengan ruang penumpang.

Kereta dengan bentuk hacbek biasanya termasuk dalam kategori City car atau kereta mini, kereta kecil (segmen B), atau kereta padat (segmen C).

Hacbek mini

  • Chevrolet Spark
  • Kia Picanto
  • Toyota Aygo

Hacbek kecil

  • Ford Fiesta
  • Kia Rio
  • Hyundai i20
  • Peugeot 206
  • Renault Clio
  • Suzuki Swift
  • Toyota Starlet
  • Toyota Yaris

Hacbek kompak

  • Audi A3
  • BMW Seri 1
  • Ford Focus
  • Hyundai i30
  • Nissan Leaf
  • Nissan Pulsar
  • Nissan Latio
  • Renault Megane
  • Subaru Impreza
  • Toyota Auris
  • Toyota Corolla
  • Volkswagen Golf

Perbezaan hacbek dengan lifbek

Toyota Corolla FX hacbek
Toyota Corolla XLi lifbek

Hacbek dan lifbek sama-sama mempunyai pintu bagasi dengan kaca belakang yang boleh dibuka ke atas. Perbezaannya adalah bumbung hacbek sehingga di belakang atas kerusi penumpang belakang sehingga kaca belakang lebih tegak. Sedangkan lifbek bumbungnya lebih pendek dan kaca bagasi lebih landai atau condong. Ruang kepala penumpang belakang pada hacbek lebih sempit berbanding lifbek, tetapi dengan overhang belakang yang lebih panjang, bagasi lifbek lebih luas.