Hamzah Hussain
Hamzah Hussain (kadang kala dieja sebagai Hamzah Hussein atau Hamzah Husin) (lahir pada 8 Ogos 1948) merupakan bekas pemain bola sepak yang bermain untuk Malaysia pada tahun 1970-an. Dia bermain untuk kelab seperti Kelantan FA, Pahang FA dan Selangor FA dalam kejohanan Piala Malaysia.
Hamzah yang bermain sebagai pemain tengah telah bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan ketika Sukan Olimpik Munich 1972 berlangsung. [1][2][3] Dia juga bermain untuk Malaysia dalam kejohanan di seluruh Asia seperti Pestabola Merdeka. Dia bersara dari kejohanan antarabangsa pada tahun 1974.
Hamzah ialah seorang pegawai di Jabatan Penjara Malaysia.
Rujukan
- ^ "Olympic Football Tournament Munich 1972 - Morocco 6:0 (4:0) Malaysia - Overview". FIFA.com. Dicapai pada 19 February 2014.
- ^ "Olympic Football Tournament Munich 1972 - Malaysia 3:0 (1:0) USA - Overview". FIFA.com. Dicapai pada 19 February 2014.
- ^ "Olympic Football Tournament Munich 1972 - Germany FR 3:0 (0:0) Malaysia - Overview". FIFA.com. Dicapai pada 19 February 2014.
Pautan Luar
- Profile at Sports Council, Prison Department of Malaysia
- Profile at Fifa.com Diarkibkan 2014-02-01 di Wayback Machine