Hawa Rizwana |
---|
Kelahiran | Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan (1995-09-07) 7 September 1995 (umur 29)
Illinois, Amerika Syarikat[a] |
---|
Pendidikan | Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) |
---|
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
---|
Pekerjaan | - Penyampai berita
- Pengacara
- Wartawan
- Penyampai radio
- Pelakon
|
---|
Tahun aktif | 2016–kini |
---|
Majikan | - Media Prima (2016-2022)
- Media Prima Audio (2021-2022)
- Astro (2022-kini)
- Astro Radio (2023-kini)
|
---|
Ibu bapa | Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa) |
---|
Saudara | - Adam Riyadz Ahmad Redzuan (abang)
- Amzar Rudzain Ahmad Redzuan (adik)
|
---|
Hawa Rizwana binti Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-18) dan kini merupakan bekas penyampai Buletin Utama di TV3 (2019-22). Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2][3] Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]
Kerjaya
Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.[4]
Beliau menjadi salah seorang pengacara Wanita Hari Ini di TV3 dari 2020 hingga 2022.[5]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
2023 | Bas Terakhir Malam Raya | Mariah | Filem pertama, penampilan khas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
2019 | Aku Tak Raya | Dirinya sendiri | TV3 | Drama pertama, penampilan khas |
2022 | Jiwa Wanita | Pengacara | TV9 | |
2023 | Imam Instant Ustazah Scammer | Dirinya sendiri | Astro Ria | Penampilan khas |
The Cadets | Farah | Astro Ceria | |
Yang Tahu Je Tahu | Cikgu Hana Ismail | Astro Ria | |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
2023 | Raya Sebagai Isteri | Soraya | Astro Ria | Telefilem pertama |
Televisyen
Videografi
Video Klip
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
2022 | "Oh Wanita" | Khai Bahar |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
2 Ogos 2021 – 30 Jun 2022 | Fokus Pagi | Buletin FM |
11 Februari 2023 – kini | Sabtu Pagi ERA | Era |
Anugerah dan pencalonan
Catatan
- ^ Biarpun dilahirkan di Amerika Syarikat, Hawa Rizwana membesar di Malaysia dan diisytihar sebagai rakyat Malaysia melalui naturalisasi, dan hanya memegang kewarganegaraan Malaysia.
Rujukan
- ^ "Wajah iras Neelofa, pelajar jadi penyampai berita TV9". The Malay Mail. 17 Julai 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ "Biodata Hawa Rizwana". Encik Shino. 4 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ a b c Oleh Mazizul Dani, "Nekad kerana kata-kata bapa" MyMetro Jumaat, 4 Ogos 2017. Diambil 03 Disember 2018.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (26 Mei 2019). Tidak kejar glamor, yakini diri Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ Impian Hawa Rizwana mengacara WHI tercapai mStar Online (7 April 2020). Dicapai pada 28 Mei 2020.
Pautan luar