Hoedeopbap
Hoedeopbap | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 회덮밥code: ko is deprecated |
Hanja | 膾덮밥code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | hoedeopbap |
McCune–Reischauer | hoetŏpp'ap |
Hoedeopbap ialah hidangan Korea yang terdiri daripada nasi kukus bercampur dengan hirisan atau potongan saengseon hoe (ikan mentah), pelbagai sayur-sayuran seperti salad, timun dan daun bijan, minyak bijan, dan chogochujang (sos yang dibuat dari cuka, gochujang, dan gula). Ikan yang selalu digunakan untuk membuat hoedeopbap secara umumnya sama ada halibut, kakap laut, ikan batu, tuna, salmon, atau ikan putih.[1]
Cara makan hoedeopbap hampir sama seperti memakan bibimbap: dengan menggunakan sudu, semua bahan-bahan dicampur sebelum dimakan.[2]
Terdapat pelbagai jenis hoedeopbap mengikut bahan-bahan, seperti gul hoedeopbap (굴회덮밥) diperbuat daripada tiram mentah[3] dan gajami hoedeopbap (가자미 회덮밥) diperbuat daripada ikan sebelah mentah, hidangan keistimewaan dari Gangneung dan kawasan-kawasan sekitarnya.[4]
Lihat juga
- Bibimbap
- Gimbap
- Heotjesabap
- Masakan Korea
- Chirashizushi