Hukum Charles
Hukum Charles ialah sejenis hukum gas dalam fizik yang menghuraikan pengembangan isi padu gas apabila dipanaskan. Hukum ini dinamakan smepena Jacques Charles yang menghuraikan rumus asal dalam rencananya yang tidak diterbitkan.
Huraian
Hukum Charles menyatakan bahawa suhu mutlak (suhu dalam unit Kelvin) adalah berkadar terus dengan isi padu gas apabila tekanan gas dimalarkan.[1]
Penjelasan di atas boleh ditulis dalam persamaan berikut:
atau
dengan:
- V ialah isi padu gas,
- T ialah suhu mutlak gas, dan,
- k ialah pemalar.
Dalam perbandingan dua keadaan gas, hukum ini boleh diguna pakai seperti yang berikut:
Lihat juga
- Hukum-hukum gas lain
- Hukum Boyle
- Hukum Gay-Lussac
- Hukum Avogadro
Rujukan
Pautan luar
- (Inggeris) Kalkulator pengiraan hukum Charles oleh EngineeringUnits
- l
- b
- s