Istana Raja Muda Lama

Istana Raja Muda Lama ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan, Perak.Istana ini dibina sekitar tahun 1922. Istana ini merupakan Istana Rasmi Raja Muda Perak. Raja Muda Perak ke 39 yang pertama bersemayam di sini ialah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudianya menjadi Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah, Sultan Perak yang ke-31.

Istana ini akhir sekali diduduki oleh Almarhum Raja Muda Raja Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, Raja Muda Dr Nazrin Muizzuddin Shah telah berpindah ke Istana Tetamu di Ipoh. Istana ini ditinggalkan dan tidak lagi dijaga namun masih kekal di kawasan asal. Namun pada sekitar September 2021, kerajaan negeri Perak mahu jual tanah istana ini tapi tak jadi jual juga.

catatan

Istana di Perak Raja Muda Lama