Jengkorek

Sebuah Cat 420F di Arlington Massachusetts AS

Jengkorek, turut dikenali sebagai pengorek kaut, ialah jenis kelengkapan penggali atau jengkaut yang terdiri daripada timba penggali di hujung dua bahagian lengan artikulasi. Ia biasanya dipasang di bahagian belakang jentarik atau jenangkut hadapan, yang membentuk "jengkorek kaut" (istilah AS, tetapi dikenali sebagai "JCB" di Ireland dan UK).[1] Bahagian lengan yang paling dekat dengan kenderaan dikenali sebagai joran, manakala bahagian yang membawa timba dikenali sebagai pencedok (atau batang pencedok), kedua-dua istilah ini terbit daripada penyodok wap. Joran, iaitu bahagian panjang lengan jentarik yang dipasang pada jentolak melalui pangsi yang dipanggil tunjuk langit, terletak paling dekat dengan kabin. Ia membolehkan lengan memangsi ke kiri dan kanan, biasanya melalui julat 180 hingga 200 darjah, dan juga membolehkan pergerakan mengangkat dan menurunkan.

Rujukan

  1. ^ Glancey, Jonathan (20 April 2007). "Classics of everyday design No 16". The Guardian. Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 19 Ogos 2017.