Kampung Bang Bulan
Kampung Bang Bulan (Bumi)
(2016)[1]
PA2951
Kampung Bang Bulan ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Ia terletak kira-kira 5.6 kilometer (3.5 batu) dari Pekan Bangar.[2] Kampung Bang Bulan merupakan salah satu kampung di bawah tanggungjawab Ketua Kampung Belingos.[2] Poskod bagi Kampung Bang Bulan ialah PA2951.[3][4]
Nama
Nama Kampung Bang Bulan dipercayai berasal dari bahasa Murut yang bererti 'dalam bulan'.[5]
Penduduk
Kampung Bang Bulan mempunyai penduduk seramai 22 orang sahaja, iaitu 10 lelaki dan 12 perempuan.[2] Mereka terdiri dari tiga bangsa atau puak etnik iaitu Melayu, Cina dan Iban.[5] Pekerjaan mereka ialah sebagai petani, nelayan dan bekerja sendiri.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
- ^ a b c "PROFIL KAMPUNG | Majlis Perundingan Kampung Belingos". mpkbelingos.wordpress.com. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 47. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ "Kampong Buang Bulan, Bangar, Temburong: PA2951". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ a b "SEJARAH KAMPUNG | Majlis Perundingan Kampung Belingos". mpkbelingos.wordpress.com. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
Pautan luar
- Laman sesawang Majlis Perundingan Kampung Belingos