Kanmiu Buque Qieyun

Kanmiu Buque Qieyun (刊謬補缺切韻) suntingan Wang Renxu (王仁昫), yang diterbitkan pada tahun 706, merupakan sebuah kamus rima bahasa Cina yang tertua dan kekal wujud. Selama berabad-abad lamanya ia dipercayai hilang, sehinggalah sebuah salinan ditemui di istana empayar di Beijing pada tahun 1947. Lóng 1968 menerbitkan salinan tinjauan dengan anotasi. Zhou 1983: 434-527 memasukkan faksimili asal, yang tidak begitu mudah dibaca.

Terdapat tiga versi Kānmiù Bǔquē Qièyùn, yang biasanya dibezakan dengan angka, yang dikenali sebagai Naskhah Wang Satu (王一), Naskhah Wang Dua (王二), dan Naskhah Wang Tiga (王三).

Naskhah versi pertama iaitu 王一 hanya diketahui daripada serpihan Dunhuang (P. 2011). Naskhah versi kedua iaitu 王二 yang juga dipanggil Xiàngbáběn (项跋本), kerana ia mengandungi catatan tambahan oleh Xiàng Yuánbiàn (项元汴) atau Péiwùqí Zhèngzìběn (裴务齐正字本). Naskhah versi ketiga iaitu 王三, juga disebut sebagai Quánwáng 全王 (kerana kesempurnaan naskhah tersebut), Gùgōngběn 故宫本 (kerana ditemui di Muzium Kota Larangan), atau Sòngbáběn 宋跋本 (kerana terdapat tulisan tambahan oleh Sòng Lián宋濂). Secara umumnya, versi pertama dan ketiga adalah paling serupa, manakala versi kedua adalah lebih berbeza, dan ia sering dianggap sebagai gabungan Kānmiù Bǔquē Qièyùn oleh Wáng Rénxù dengan Jiānzhùběn Qièyùn (笺注本切韵) oleh Zhǎngsūn Nèyán (长孙讷言), mungkin S. 2055 (Zhōu Zǔmó 周祖谟, 1983; Tóng Xiǎolín 仝小琳, 2008).

Petikan karya

  • Bottéro, François (2013), "The Qièyùn manuscripts from Dūnhuáng", dalam Galambos, Imre (penyunting), Studies in Chinese Manuscripts: From the Warring States Period to the 20th Century (PDF), Budapest: Eötvös Loránd University, m/s. 33–48, ISBN 978-963-284-326-1.
  • Lóng Yǔchún 龍宇純 (1968), 唐寫全本王仁昫刊謬補缺切韻校箋 Táng xiě quánběn Wáng Rénxù Kānmiù bǔquē Qièyùn jiào jiān. [Notes on the 刊謬補缺切韻 Kānmiù bǔquē Qièyùn by 王仁煦 Wáng Rénxù, written in the Táng dynasty.], Xiānggǎng 香港: Xiānggǎng Zhōngwén dàxué 香港中文大學.
  • 仝小琳 (2008), "论韵书残卷 P 3798 和相关韵书", 语言研究 Studies in Language and Linguisties, 28 (2): 38-41
  • Zhōu Zǔmó 周祖謨 (1983), 唐五代韻書集存 Táng wǔdài yùnshū jícún [Collected rime books of the Tang and Five Dynasties, Zhōnghuá shūjú 中華書局

Pautan luar

  • Persembahan selari menyeluruh pelbagai serpihan dan edisi Qieyun, oleh Suzuki Shingo 鈴木 慎吾, termasuk Kanmiu Buque Qieyun