Kuih sopang

Kuih sopang merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut, pisang dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda. Adunan itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan pekat.

Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.

Asal

Kuih sopang popular di Negeri Sembilan dan merupakan hidangan istimewa terutama pada hari perayaan.

Nama

Nama kuih ini sebenarnya berasal dari perkataan Sepang, yang disebut sebagai "Sopang" dalam dialek tempatan.

Penyebaran

Kuih sopang biasanya dijual secara harian dan mudah didapati.


Kuih sopang kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Resipi

Lihat juga

  • Badak berendam

Rujukan


Pautan luar

  • Resepi Sopang
  • Gambar kuih sopang Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine