Majlis Daerah Sarikei

Majlis Daerah Sarikei

MDS
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1955
Kepimpinan
Pengerusi
Kr. Wong Zee Yeng
Struktur
Ahli32 orang ahli majlis
Moto
Menuju Ke Arah Wawasan
Tempat persidangan
MAJLIS DAERAH SARIKEI

Jalan Nyelong, 96100 Sarikei, Peti Surat 420, 96108 Sarikei,

Sarawak
Laman sesawang
https://sarikeidc.sarawak.gov.my/web/home/index/
Perlembagaan
Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1948
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan Pihak BerKuasa Tempatan, 1948 bagi Daerah Sarikei, Sarawak. Ianya mempunyai kawasan seluas 985.5 kilometer persegi yang mana meliputi kawasan bandar Sarikei, Selalang, Ulu Sarikei, Sungai Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Paoh, Merundu/Baji dan Pasi Selidap.

Bilangan penduduk mengikut anggaran tahun 2014 (Statistik Jabatan Perangkaan 2014) ialah lebih kurang 69,400 orang. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah kawasan bandar Sarikei sendiri dan pertambahan penduduk di kawasan ini dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi kawasan perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain daerah disiapkan sepenuhnya nanti.

Pejabat Majlis Daerah Sarikei terletak di Jalan Nyelong, Sarikei iaitu berhadapan dengan Dewan Suarah, Sarikei.

Terdapat 30 orang ahli-ahli Majlis termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.

Majlis Daerah Sarikei mempunyai 94 orang kakitangan bertaraf tetap daripada pelbagai jawatan dan gred. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir (Setiausaha).

Pentadbiran

Ianya juga terdiri daripada beberapa bahagian seperti:-

  1. Bahagian Pembangunan Komuniti dan Korporat
  2. Seksyen Sumber Manusia
  3. Bahagian Kejuruteraan
  4. Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
  5. Bahagian Penilaian dan Pencukaian
  6. Bahagian Penguatkuasa
  7. Seksyen Kewangan
  8. Seksyen Perpustakaan

Rujukan

  1. https://sarikeidc.sarawak.gov.my/web/home/index/