Masjid Besar Tawau

Masjid Al-Kauthar (Bahasa Jawi: مسجد الكوثر) atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid di Tawau, Sabah, Malaysia. Ia merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan kawasan laut di Jalan Traulsen atau Jalan Persisir. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.

مسجد الكوثرcode: ms is deprecated Maklumat amCabang/mazhabSunni Syafi'eMula dibina19 Jun 1997Siap dibinaOktober 2002Dibuka pada17 Ogos 2004; 19 tahun yang lalu (17 Ogos 2004)Tempoh pembinaan5 tahunMaklumat pentadbiranImamUstaz Ramadhan (Imam Besar)
Ustaz Azmil (Timb. Imam Besar)
Ustaz Ahmadun
Ustaz Zulhelmi
Ustaz Syafiq
Ustaz Muhd Zaid
BilalHaji Mohd Amin
Ahmad Abiding
Abdul Hamid
PengerusiHaji Khalid Haji TahirMaklumat geografiLokasiSabindo Square, Jalan Pantai, 89500 Tawau, SabahMaklumat pembinaanBil. kubah1Bil. tingkat3Bil. menara1Ketinggian menara58 meterKapasiti jemaah17,000Keluasan47,000 m²KosRM31,500,000.00Laman sesawanghttps://www.facebook.com/al.kauthar.tawau?mibextid=zLoPMf
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid ini mempunyai tiga tingkat secara keseluruhannya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

Sejarah

Pembinaan Masjid Al-Kauthar telah menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.

Kemudahan

Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara kampung. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara kampung pula, sebuah kolam air besar disediakan.

Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:

  • Perpustakaan
  • Dewan seminar
  • Pejabat pentadbir
  • Tempat menyimpan kasut dan barang.

Berikutan kes kecurian kasut serta sandal yang sering berlaku, sebuah tempat letak kasut berbayar di sediakan.

Lihat juga

  • Masjid Raya, Tawau
  • Tawau

Pautan luar

Al-Kauthar di Facebook.com