Masjid Kampung Permatang

  • Masjid Kampung Permatang, Kuala Selangor , negeri Selangor Darul Ehsan. Masjid ini didirikan pada 1898 dan siap pembinaan pada 1899 sebagai menggantikan masjid kayu yang telah usang. Masjid batu ini dibina di sebidang tanah seluas 150 kaki persegi iaitu tanah wakaf Tuan Haji Ali, Shah Bandar Kuala Selangor.
  • Sejak masjid ini mula digunakan sehingga 1987 , lima orang imam telah menyempurnakan tugas yang mulia ini. Masjid yang berusia 90 tahun ini masih dalam keadaan kukuh dan baik. Reka bentuk yang dibuat oleh pihak jurutera bangsa Eropah dan penduduk kampung melambangkan penyatuan rekabentuk barat dan timur.

Lihat juga

  • Masjid di Selangor