Masjid Tanjung Rimau
Masjid Tanjung Rimau | |
---|---|
Sila sumbangkan gambar masjid | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | En Hanafi Bin Rahmat 2017 (Imam Besar) Dahinan Bin Ibrahim 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-AG-00094 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Daerah | Alor Gajah, Melaka |
Lokasi | Masjid Tanjung Rimau, Km 34.4, Tanjung Rimau, 78000 Alor Gajah Melaka |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Tanjung Rimau | |
sunting |
Masjid Tanjung Rimau merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 34.4, Tanjung Rimau, 78000 Alor Gajah Melaka.[1] Masjid Tanjung Rimau merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Kini nama bagi masjid ini ialah Masjid Al- Qaniteen.
Alamat
- Masjid Tanjung Rimau,
Km 34.4,
Tanjung Rimau,
78000 Alor Gajah
Melaka
Sejarah
Masjid Tanjong Rimau pertama kali di bina pada tahun 1893 secara gotong-royong dengan menggunakan kayu-kayu hutan dan beratapkan rumbia. Keluasan asalnya lebih-kurang 20 kaki x 30 kaki sahaja.
Masjid Tanjong Rimau dibina semula pada tahun 1935 dari sumbangan beberapa orang tokoh dermawan. Ia menggunakan atap zink, berdinding papan dan berlantaikan simen, dengan keluasan lebih kurang 30 kaki X 50 kaki.
Masjid Tanjong Rimau masa ini dibina pada tahun 1951 ditapak yang sama dengan bantuan Kerajaan dengan kos RM 25,000.00. Ia mempunyai satu jawatankuasa yang dinamakan Lembaga Masjid dan Adat Istiadat Kampung Tanjong Rimau.
Pentadbiran
Masjid Tanjung Rimau memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00094.
Rujukan
- ^ Masjid Tanjung Rimau[pautan mati kekal]
Pautan luar
- http://www.al-azim.com/~tgrimau/ Diarkibkan 2008-09-22 di Wayback Machine