Mats Deijl

Mats Deijl
Deijl pada 2023
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1997-07-15) 15 Julai 1997 (umur 27)
Tempat lahir Vlaardingen, Belanda
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Go Ahead Eagles
Nombor 2
Kerjaya remaja
2004–2006 MVV '27
2006–2010 WSC
2010–2014 RKC Waalwijk
2014–2015 Brabant United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2021 FC Den Bosch 108 (3)
2021– Go Ahead Eagles 96 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:57, 13 May 2024 (UTC)

Mats Deijl (lahir 15 Julai 1997) ialah pemain bola sepak profesional Belanda yang bermain sebagai bek kanan untuk kelab Go Ahead Eagles.[1]

Kerjaya kelab

Beliau membuat penampilan profesional pertamanya dalam Eerste Divisie untuk FC Den Bosch pada 16 Disember 2016 dalam perlawanan menentang Fortuna Sittard[2] dan ditambah ke skuad pasukan utama Den Bosch beberapa minggu kemudian.[3] Pada 4 Januari 2017, kelab tersebut mengumumkan bahawa Deijl telah dinaikkan secara kekal ke pasukan utama.[4]

Pada 16 Jun 2021, Deijl menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab Eredivisie yang baru dinaikkan pangkat, Go Ahead Eagles.[5]

Kehidupan peribadi

Deijl dilahirkan di Vlaardingen, Holland Selatan. Pada Disember 2023, Deijl mengakui mempunyai darah Malaysia melalui keturunan bapanya. Pengakuan ini dibuat melalui tangkap layar perbualan di Instagram yang dilaporkan oleh laman frfuturetalents. Deijl menyatakan, "Benar (saya ada darah Malaysia) menerusi ayah kandung, tetapi agak jauh dan saya tidak pasti betapa jauh (salasilahnya)."[6]

Rujukan

  1. ^ Templat:WorldFootball.net
  2. ^ "Laporan Perlawanan oleh Soccerway". Soccerway. 16 Disember 2016.
  3. ^ MATS DEIJL STROOMT DOOR NAAR EERSTE ELFTAL FC DEN BOSCH - FC Den Bosch (dalam bahasa Belanda)
  4. ^ "Mats Deijl stroomt door naar eerste elftal FC Den Bosch". FC Den Bosch (dalam bahasa Belanda). 4 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2017.
  5. ^ "Go Ahead Eagles versterkt selectie met verdediger Mats Deijl". RTV Oost (dalam bahasa Belanda). 16 Jun 2021.
  6. ^ SUHAIMI, MUHAMAD ARDIE PUTRA (14 Disember 2023). "FAM perlu segera 'pancing' Mats Deijl". Kosmo Digital. Dicapai pada 29 Ogos 2024.

Templat:Netherlands-footy-defender-stub