Minolta
Jenis/bentuk sah | Perniagaan, perusahaan |
---|---|
Industri | Pengilangan |
Ditubuhkan | 1928; 96 tahun yang lalu (1928) (sebagai Nichi-Doku Shashinki Shōten) Osaka, Jepun |
Pengasas | Kazuo Tashima |
Dibubarkan | 5 Ogos 2003; 21 tahun yang lalu (2003-08-05) |
Nasib | Bergabung dengan Konica |
Pengganti | Konica Minolta |
Ibu pejabat | 3-13, 2-chome, Azuchi-Machi, Chuo-ku, Osaka 541-8556, Jepun (1998) |
Keluaran | Kamera, kamera filem, aksesori kamera, mesin fotokopi, mesin faks, pencetak laser |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Minolta Co., Ltd. (ミノルタcode: ja is deprecated , Minoruta) ialah pengeluar kamera, aksesori kamera, mesin fotokopi, mesin faks, dan pencetak laser Jepun. Ia mungkin paling dikenali atas peloporan sistem kamera 35mm autofokus bersepadu pertama.
Syarikat ini diasaskan di Osaka, Jepun pada tahun 1928 sebagai Nichi-Doku Shashinki Shōten (日独写真機商店code: ja is deprecated , kedai kamera Jepun-Jerman). Pada tahun 1931, syarikat ini telah menggunakan nama semasa hasil singkatan daripada "Mechanism, Instruments, Optics, and Lenses by Tashima" ("Mekanisme, Instrumen, Optik, dan Lensa oleh Tashima"); nama ini buat pertama kalinya pada tahun 1933, dalam suatu kamera yang merupakan salinan model Plaubel Makina.
Pada tahun 2003, Minolta bergabung dengan Konica Corporation untuk membentuk Konica Minolta. Pada 19 Januari 2006, Konica Minolta mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan bidang perniagaan kamera dan foto,[1] dan ia akan menjual sebahagian daripada perniagaan kamera SLRnya kepada Sony sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk menarik sepenuhnya keluar dari perniagaan menjual kamera dan filem fotografi.[2]
Rujukan
Bibliografi
- Photoxels.com. Brief History of Minolta. Retrieved on 2005-11-29 from http://www.photoxels.com/history_minolta.html.
- Sony Corporation announced a new brand for digital Single Lens Reflex (SLR) cameras which Konica Minolta Photo Imaging, Inc. has developed.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Minolta di Wikimedia Commons