Nasi Tupe
Nasi tumpang | |
---|---|
Jenis | Nasi |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Kelantan |
Dicipta oleh | Melayu |
Bahan utama | Nasi, telur dadar, serunding daging, kari ayam, kari ikan atau kari udang |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi Tupe(Jawi: ناسي توڤيcode: ms is deprecated ) atau Nasi Tumpang(Jawi: ناسي تومڤاڠcode: ms is deprecated ) merupakan sejenis makanan tradisional Kelantan.[1] Ia dijual di Kota Bharu, khususnya di Pasar Kubang Pasu. Secara tradisinya, ia makanan ruji untuk pengembara atau petani di Kelantan untuk dibawa ke ladang.
Ia merupakan sejenis nasi lembut yang dibungkus dengan daun pisang yang dilipat menjadi bentuk kerucut. Di dalam bungkusan, terdapat pelbagai lauk-pauk seperti telur dadar, serunding daging, kari ayam, kari ikan atau kari udang, serta sambal manis dan timun.[2]
Pautan luar
- NASI TUMPANG. Diarkibkan 2009-08-28 di Wayback Machine
- Hal ehwal Nasi Tupang ...[pautan mati kekal]