Orang Melayu Bugis

اورڠ ملايو بوڬيسcode: ms is deprecated
Muzium Bugis yang berada di Pontian, Johor.
Kawasan ramai pendudukSemenanjung Melayu, SabahBahasaMajoriti: Melayu
Minoriti: BugisAgamaIslamKumpulan etnik berkaitan
  • Anak Melayu Dagang
  • Melayu Minangkabau
  • Melayu Jawa
  • Melayu Mandailing
  • Melayu Malaysia
  • Melayu Singapura
  • Pribumi Indonesia

Orang Melayu Bugis adalah sebuah suku anak Melayu Dagang yang asal keturunannya dari golongan orang Bugis yang terdapat di Semenanjung Melayu seperti di Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan tertumpu di kawasan Pekan, Pahang dan juga di kawasan Kuala Selangor, Kuala Langat di Selangor dan kuala Linggi di Negeri Sembilan. Terdapat juga Melayu-Bugis di Sulawesi Selatan. Mereka juga dikenali sebagai Peranakan-Bugis. Mereka termasuk kumpulan-kumpulan anak dagang yang rumpunnya berasal dari Indonesia termasuk Minangkabau, Jawa, Banjar, Bawean dan Mandailing.[1] Penghijrahan orang Indonesia ke Malaysia telah terjadi sebelum zaman penjajahan khususnya pada masa pemerintahan Srivijaya dan Majapahit. Suku bangsa Bugis di Malaysia telah membiasakan diri pada budaya dan nilai sosial setempat dengan sangat baik. Komuniti orang Bugis di Malaysia telah menganuti budaya Melayu, berbicara dalam bahasa Melayu dan menggunakan nama-nama Melayu dalam proses Masuk Melayu yang telah berjalan sejak awalnya.

Sensus penduduk di Malaysia tidak mengkategorikan Bugis sebagai suku bangsa tersendiri melainkan disusunkan sebagai Orang Melayu.[2] Walau bagaimanapun masyarakat Melayu Bugis ini berbeza dengan suku Bugis asli yang terdapat di Sulawesi Selatan. Ini kerana Melayu Bugis ialah hasil perkahwinan campur antara lelaki Bugis yang merantau ke Tanah Melayu sejak ratusan tahun dahulu dengan gadis Melayu tempatan. Manakala suku Bugis asli di Sulawesi Selatan masih pekat dengan pertuturan Bahasa Bugis, adat resam dan tradisi Bugis yang sangat berbeza dengan adat Melayu selain dari mengamalkan budaya hidup Indonesia. Antara mereka juga telah terputus hubungan sejak ratusan tahun. Yang ada persamaan, hanyalah dari segi warisan makanan dan seni tarian yang masih dikekalkan.

Kehadiran orang Bugis di Malaysia telah menjadi bahagian sejarah dan sebuah penyumbangan bagi perkembangan Negara Malaysia. Beberapa Perdana Menteri di Malaysia adalah keturunan Bugis. Diantaranya adalah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan warisnya Najib Tun Razak yang juga menjabat sebagai Perdana Menteri Malaysia.[3] Banyak juga tokoh terkenal Malaysia yang memiliki darah keturunan Bugis seperti Yuna.[4]

Sejarah

Orang Bugis memegang peranan penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Orang-orang Bugis pada saat itu terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik kerajaan-kerajaan Melayu ketika itu. Bermula saat Raja Sulaiman Badrul Alam Shah ingin menguasai Johor, Riau, dan Lingga yang dikuasai oleh Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau dikenal dengan julukan Raja Kecik. Lalu dengan bantuan orang-orang Bugis dari Klang, Raja Sulaiman berhasil merebut wilayah Johor, Riau, dan Lingga dari tangan Raja Kecik.[5] Sebagai balas budi, Raja Sulaiman memberikan gelar Yang Dipertuan Muda kepada Daeng Marewah yang memerintah di wilayah Johor, Riau, dan Lingga. Hingga saat ini raja-raja di Kesultanan Johor dan Kesultanan Selangor adalah keturunan Bugis.[6]

Integrasi Bugis sebagai Melayu

Orang Bugis di Malaysia tidak dikategorikan sebagai bangsa tersendiri. Namun, sensus penduduk di Malaysia umumnya mengkategorikan orang Bugis sebagai Orang Melayu. Mereka memiliki hak dan kewajiban sebagaimana orang Melayu lain sesuai konstitusi dan undang-undang yang berlaku di Malaysia.

Orang yang diakui sebagai Melayu menurut Perlembagan Persekutuan (Konstitusi Negara Malaysia) perkara 160 klausa 2 adalah sebagai berikut:

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian; [2]

Hal ini menyebabkan semua ras dan suku tanpa terkecuali jika memenuhi syarat diatas akan diklasifikasikan sebagai Melayu dan mendapatkan hak keistimewaan dan kewajiban sebagai orang Melayu di Malaysia menurut hukum Malaysia.

Tokoh terkenal

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Nurmala, Noviyanti. Kisah Bangsa Melayu di Negeri Jiran.Majalah Akses edisi ke-7: Bisnis Indonesia Malaysia. 2007
  2. ^ a b Undang-Undang Malaysia. Perlembagaan Persekutuan.
  3. ^ Wain, Barry. Malaysian Maverick: Mahattir Mohamad in Turbulent Times. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore. 2009.
  4. ^ http://www.thenutgraph.com/yuna-on-being-%E2%80%9Cmalay-malay%E2%80%9D/. Diakses tanggal 30-10-2017
  5. ^ http://www.antaranews.com/berita/67980/raja-raja-di-malaysia-berdarah-bugis. Diakses tanggal 30-10-2017
  6. ^ Andaya, Barbara Watson (2003) Gender, Islam and the Bugis Diaspora in Nineteenth-and Twentieth-Century Riau. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 21 . pp. 77-108. ISSN 0127-2721