Ornithoptera aesacus

Sayap burung Obi
Jantan, spesimen lekap
Status pemuliharaan

Terjejas  (IUCN 3.1)[1]
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Papilionidae
Genus: Ornithoptera
Spesies:
O. aesacus
Nama binomial
Ornithoptera aesacus
Ney, 1903

Ornithoptera aesacus, iaitu sayap burung Obi,[3] ialah spesies kupu-kupu sayap burung yang amat langka, endemik di Pulau Obira (awalnya Obi), Indonesia.[4] Sungguhpun menjadi spesies yang sangat langka, ia dibiak dan didagangkan secara komersial.

Epitet spesifiknya Ornithoptera aesacus, dinamakan sempena Aesacus, anak sulung Priam.

Sejarah

Ornithoptera obiensis dalam Icones Ornithopterorum karya Robert Henry Fernando Rippon (1898 hingga 1906)

Huraian asalnya adalah: aesacus Ney, F. (Felix) 1903 as Troides priamus Form aesacus. The full reference is Ney, F. 1903 Eine neue Troides-Form von Obi. Insekten-Börse 20 (5): 36., 1903.

Tempat simpanan bagi empat sintaipnya yang dihimpun oleh J. Waterstradt pada Mei 1902 tidak diketahui. Ia pernah dipegang oleh Hermann Rolle, yang sebahagian himpunannya dijualkan kepada Eugène Le Moult.

Huraian

Ornithoptera aesacus ialah ahli kumpulan spesies Ornithoptera priamus. Dua spesies ini sangat mirip tetapi O. aesacus jantan mempunyai kilauan biru-firus menggilap.

Taksonomi

Pengelasan Ornithoptera aesacus sebagai spesies tidak mendapat sepersetujuan penuh dan terkadang dianggap subspesiesnya Ornithoptera priamus oleh seberapa, seperti Parsons (1996).

Kesinoniman

  • O. obiana (Waterstradt in litt.) Rebel, 1906
  • O. obiensis Rippon, 1906
  • O. obiana (sebagai O. arruana obiana) Rippon, 1906-1912

Taburan

Pulau Obi. Ornithoptera aesacus diketahui hanya terdapat di Obira

Sayap burung Obi endemik dari Pulau di Indonesia.[4] Ia menghuni hutan hujan. Lantaran pembalakan berterusan di pulau tersebut, pemuliharaan spesies ini diberikan perhatian, dan dikelaskan sebagai 'terjejas' oleh IUCN.[1] Dua belas tahun lalu ia ialah spesies sayap burung terlangka di dunia. Ia kekal terancam namun turut dibiakkan secara komersial.

Rujukan

  1. ^ a b Böhm, M. (2018). "Ornithoptera aesacus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T15511A725553. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T15511A725553.en. Dicapai pada 17 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Alit Ayu Dewantari; Gabriel Zefanya Lasut Pusung. "Kupu-kupu Endemik Indonesia sebagai Inspirasi Pengembangan Buku Pop Up dengan Teknik V-Folding dan Internal Stand". Journal of Contemporary Indonesia Art. 9 (2): 150-164. ISSN 2442-3394.
  4. ^ a b Global Biodiversity Information Facility, record for Ornithoptera aesacus

Bacaan lanjut

  • D'Abrera, B. (1975). Birdwing Butterflies of the World. Country Life Books, London.
  • Collins, N. Mark; Morris, Michael G. (1985). Threatened Swallowtail Butterflies of the World: The IUCN Red Data Book. Gland & Cambridge: IUCN. ISBN 978-2-88032-603-6 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  • Haugum, J. & Low, A.M. (1978-1985). A Monograph of the Birdwing Butterflies. 2 volumes. Scandinavian Press, Klampenborg; 663 pp.
  • Parsons, M.J. (1996). A phylogenetic reappraisal of the birdwing genus Ornithoptera (Lepidoptera: Papilionidae: Troidini) and a new theory of its evolution in relation to Gondwanan vicariance biogeography. Journal of Natural History 30(11):1707-1736.

Pautan luar

  • Data berkenaan Ornithoptera aesacus di Wikispesies
  • Globis.insects-online: Ornithoptera aesacusfrom Zoologische Staatssammlung München.
  • Barcode of Life: Ornithoptera aesacusfrom Consortium for the Barcode of Life.
  • Att.net.bret69: Images of Swallowtails
  • Nagypal.net: Images
  • Worldwildlife.org: Southeastern Asia Ecoregion — "Islands of Halmahera, Moratai"


Pengenalpastian takson