Pengat pisang

Pengat pisang
Pengat pisang
JenisPembasuh mulut
Bahan utamapisang, santan, gula, garam[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pengat pisang manis

Pengat pisang ialah sejenis pengat yang dibuat menggunakan pisang. Pisang langsung dimasak dalam campuran santan dan pati untuk menghasilkan pembasuh mulut yang berperisa. Ia boleh terdiri daripada dua adunan, masin dan manis, yang kedua-duanya dimasak dalam satu periuk.

Pembasuh mulut ini disajikan dengan meluas dan terkenal di Malaysia, Thailand, Burma, Laos dan Kemboja. Ia boleh disajikan panas atau sejuk.[2]

Nama

Nama pengat ini datang daripada bahan utamanya iaitu pisang. Hidangan ini hampir sama dengan sira pisang yang dimasak tanpa santan.

Ia dikenali sebagai kluai buat chicode: thh is deprecated (Bahasa Thai: กล้วยบวชชีcode: th is deprecated , [klûa̯j bùa̯t t͡ɕʰīː]) dalam bahasa Thai. Frasa buat chi merujuk kepada sejenis pakaian putih yang dipakai oleh perempuan yang menyertai perkumpulan agama wanita, yang palet warnanya mirip.[perlu rujukan]

Penerangan

Di Malaysia, pisang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak dan manis. Biasanya daun pandan dibubuhkan bagi mewangikan hidangan. Kadangkala telur dicampurkan bagi memekatkan dan menambah perisa.

Pengat pisang biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Ia mempunyai kuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga seperti semut dan lipas. Oleh itu, pengat pisang biasanya jarang dihidangkan sebagai hidangan pejabat.

Lihat juga

  • Pengat durian
  • Pengat labu
  • Pengat nangka
  • Pengat ubi kayu

Rujukan

  1. ^ "กล้วยบวชชี ภาษาอังกฤษ Banana in Coconut Milk". engjang.com.
  2. ^ THAILAND, OKnation, Nation Broadcasting Corporation, ฺBangkok. ""กล้วยบวชชี" ทำอย่างไรไม่ให้ดำไม่ให้เละ จากบล็อก โอเคเนชั่น oknation.net". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2014-11-20.

Pautan luar