Repui

Repui
Repui epal
JenisPai, hidangan, pencuci mulut Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianPembasuh mulut
Tempat asalEngland
Bahan utamaBuah rendidih, mentega, kayu manis, tepung, gula
Savouri: daging, sayuran, sos, keju
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Repui ialah pembasuh mulut dengan hias atas rapuh yang terdiri daripada tepung, mentega, gula dan terkadang oat yang dibakar di atas inti buah. Epal dan rubarb adalah dua jenis yang terkenal. Inti gurih seperti daging, keju atau sayuran boleh digunakan sebagai pilihan. Sebagai pembasuh mulut, repui secara tradisional disajikan dengan kastard, krim atau aiskrim.[1]

Resipi repui epal melibatkan hias atas streusel ringkas muncul dalam Farmer's Magazine Kanada pada Februari 1917.[2] Jurumasak dan pengulas makanan British, Hugh Fearnley-Whittingstall menggambarkan repui sebagai "institusi kebangsaan" yang menjadi terkenal di Britain sejak Perang Dunia II, hias atasnya lebih mudah disediakan berbanding pastri.[3] Repui pelbagai bentuk ini umum di Britain, Ireland dan seluruh Negara-Negara Komanwel. Sungguhpun hidangan ini turut ditemukan di AS, ragamnya yang paling umum dikenali sebagai "renyahan epal" dalam bahasa Inggeris Amerika.[4][5]

Lihat juga

  • Portal Food
  • Cobbler (makanan)
  • Renyahan
  • Streusel

Rujukan

  1. ^ "The Food Timeline: History Notes-Puddings. Mary Berry Apple Crumble" (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2024. Dicapai pada 2024-02-09.
  2. ^ "The Month's Recipes – Apple Crumble". Farmer's Magazine. Toronto: MacLean Publishing Co. Ltd.: 53 Februari 1917. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  3. ^ Fearnley-Whittingstall, Hugh (18 Oktober 2008). "Simply the best". The Guardian. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  4. ^ Ezinearticles.com Jason McDonald, December 29, 2008; CanadianLiving, Julai 6, 2015
  5. ^ Grunes, Barbara J. (1991). Puddings and Pies: traditional desserts for a new generation. Camden: Yankee Books. m/s. 136–137. ISBN 0-89909-329-9. OCLC 1259668500.

Pautan luar

  • Takrifan kamus repui di Wikikamus
  • Media berkenaan Repui di Wikimedia Commons
  • Crumble recipes
  • What is a crumble