Rumah P. Ramlee
Hadapan rumah kelahiran P. Ramlee | |
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 1991 |
Jenis | Muzium biografi |
Maklumat pentadbiran | |
Pemilik | Arkib Negara |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | George Town,Pulau Pinang |
Maklumat pelawat | |
Bilangan pelawat | 11,302 (2021)[1] |
sunting |
Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau Pinang, Malaysia. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanah air yang terkenal iaitu P. Ramlee, seorang penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.
Asalnya ia dibina pada tahun 1926[2] oleh bapanya dan bapa saudaranya Rejab Bin Husin, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.
Lihat juga
- Memorial P. Ramlee, Kuala Lumpur
Rujukan
Pautan Luar
- P. Ramlee's House — Virtual Malaysia
- l
- b
- s
Rencana berkenaan muzium ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s