Sarwendah Tan

  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Peragawan
  • Guru
  • Ahli perniagaan
PasanganRuben Onsu (k. 2013)Anak-anakBetrand Peto Putra Onsu
Thalia Putri Onsu
Thania Putri OnsuIbu bapaHendrik Lo
Rospita Tjoa

Sarwendah "Wenda" Tan (lahir di Jakarta, 29 Ogos 1989; umur 35 tahun) ialah seorang pelakon, penyanyi, peragawan, dan guru mandarin Indonesia yang berketurunan Cina.

Pada tahun 2012, beliau dan Devi Noviaty keluar dari kumpulan Cherrybelle[1] dan membentuk kumpulan duo yang diberi nama WenDev. Namun begitu, Wenda kemudian memilih untuk bergerak secara solo[2].

Keluarga Wenda berasal dari Jambi, tetapi beliau memilih untuk tinggal di Jakarta[3]. Beliau telah berkahwin dengan Ruben Onsu serta memiliki anak angkat yang bernama Betrand Putra Onsu[4].


Kehidupan awal

Wenda dilahirkan pada 29 Ogos 1989 di Jakarta, Indonesia dan berketurunan Cina. Beliau merupakan anak sulung hasil perkahwinan Hendri Lo dan Rospita Tjoa dan mempunyai dua orang adik perempuan bernama Wendy Lo dan Denniese Diah Iskandar[5]. Keluarga beliau mengamalkan ajaran Kristian, namun memiliki sifat toleransi terhadap penganut agama lain[5].

Wenda menghabiskan pelajarannya di empat buah negara berbeza. Di peringkat pendidikan rendah, beliau bersekolah di sebuah Sekolah Dasar (SD) di Jakarta[6]. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang, Malaysia[7] atas pilihan bapanya kerana memiliki saudara terdekat di sana[8] dan meneruskan pelajarannya di peringkat pra-universiti di Taiwan dengan bantuan biasiswa.

Di peringkat diploma pula, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sastera Mandarin di Beijing, China kerana mengikut kemahuan kedua ibu bapanya[9]. Wenda akui beliau lebih meminati bidang perfileman dan pernah berniat untuk mengambil jurusan seni, namun membatalkan hasratnya itu[9].

Menurut Wenda, semasa melanjutkan pelajaran di luar negara, beliau sering menghidangkan masakan Indonesia sebagai cara untuk mengubat kerinduannya kepada kampung halaman. Ketika di Beijing, beliau menghidangkan menu nasi putih bersama kicap, telur goreng dan keropok[10]. Beliau pernah bekerja sebagai pelayan separuh masa di restoran semasa melanjutkan pelajaran di Malaysia dan Taiwan[7] serta tidak mempunyai ramai rakan di bangku sekolah kerana sibuk dengan pekerjaannya itu[11].


Kerjaya

Selepas Wenda menghabiskan pelajarannya di China, beliau pulang ke Indonesia dan berkhidmat sebagai guru dan penterjemah bahasa Mandarin[12][13].

Pada bulan Februari 2010, satu sesi uji bakat sedang dijalankan bagi pemilihan anggota kumpulan Cherrybelle. Wenda datang ke sesi itu kerana menemani rakannya yang ingin mencuba nasib dalam pemilihan yang turut disertai 400 peserta[14][15]. Disebabkan tiada hasrat untuk menyertai sesi uji bakat itu, beliau tidak melakukan persediaan, namun begitu pihak penerbit menawarkannya menyertai sesi berkenaan[16].


Diskografi

Album studio

  • Aku Kamu Kita (2019)

Bersama Cherrybelle

  • Love is You (2011)

Single

Tahun Tajuk lagu Ciptaan Album Penerbit
2013 "Kau Bukanlah Segalanya" Kau Bukanlah Segalanya
2014 "Cuma Kamu" (menampilkan Ruben Onsu) Cuma Kamu
2015 "Patah jadi Dua" Deddy Dhukun Patah Jadi Dua
2015 "Kamu Buah Hatiku" (menampilkan Ruben Onsu) Ressa Herlambang Kamu Buah Hatiku
2015 "Kesakitanku" Ashanty Kesakitanku Hits Records
2016 "Antara Benci dan Rindu" Obbie Messakh Antara Benci dan Rindu
2019 "Aku Kamu Kita" Ade Govinda Aku Kamu Kita Komando Music
2019 "Kamu Berhak Bahagia" (menampilkan Betrand Peto Putra Onsu) Kamu Berhak Bahagia
2020 "Bu Ping Fan De Ai" (Cinta Luar Biasa versi Mandarin) Faisal Resi Bu Ping Fan De Ai MOP Music


Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Love is U Wenda
2013 Nightmare Side
2018 Kembang Kantil Novi
2022 Bus Om Bebek Bu Wenda


Kehidupan peribadi

Pada 11 Ogos 2012, Wenda dan Ruben Onsu, seorang pengacara mengikat tali pertunangan mereka setelah menjalinkan hubungan cinta sebelum itu[17]. Mereka kemudian bernikah pada 22 Oktober 2013 di Nusa Dua, Bali[18]. Hasil pernikahan mereka, Wenda dikurniakan dua orang anak; Thalia Putri Onsu (lahir 5 Jun 2015) dan Thania Putri Onsu (lahir 5 Jun 2019)[18]. Mereka juga memiliki seorang anak angkat bernama Betrand Peto Putra Onsu (lahir 14 Mac 2005)[19].


Rujukan

  1. ^ Andika Aditia, Dian Maharani (17 April 2020). "Reuni Virtual Cherrybelle Tanpa Sarwendah, Devi, dan Gigi, Ini Alasannya". KOMPAS.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2020. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  2. ^ "Sarwendah Tan". viva. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  3. ^ Aminudin (21 September 2020). "Akhirnya Terkuak Siapa Orangtua Asli Sarwendah, Ternyata Berasal dari Jambi". Tribunenews Batam. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2023. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  4. ^ Tri Susanto Setiawan, Irfan Maullana (24 Mac 2019). "Gelar Pesta "Baby Shower", Sarwendah Pakai Adat Jambi". KOMPAS.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2023. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  5. ^ a b Madinah (15 September 2023). "Biodata dan Agama Sarwendah, Ngamuk saat TikTok Live". suara.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2023. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  6. ^ Umar Sjadjaah (12 Jun 2024). "Digugat Cerai Ruben Onsu, 10 Fakta Sarwendah Tan - Punya Pendidikan Mentereng & Sempat Jadi Penerjemah Mandarin". KapanLagi. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2024. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  7. ^ a b Rintan Puspita Sari, Novianti Setuningsih (13 Mac 2020). "Cerita Sarwendah Pernah Jadi Pelayan Resto di Luar Negeri Sambil Sekolah". Kompas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2022. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  8. ^ "Tempuh Pendidikan di Luar Negeri, Ini Sederet Prestasi Sarwendah Tan". Kliktrend.com. 12 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  9. ^ a b Tri Susanto Setiawan, Ana Shofiana Syatiri (18 Mei 2018). "Sarwendah Tan Wujudkan Cita-citanya yang Sempat Tak Direstui Orangtua". Kompas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2023. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  10. ^ Antara, Mitra Tarigan (27 Oktober 2023). "Cara Obati Kangen Tanah Air Ketika Sekolah di Luar Negeri Ala Sarwendah". CANTIKA. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2023. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  11. ^ M Syofri Kurniawan (14 Mac 2020). "Ketika Sekolah di Luar Negeri, Sarwendah Pernah Jadi Pelayan Restoran". Kompas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  12. ^ Maulidah, Retna Christ (4 Mei 2023). "Ngobrol dengan Member WayV, Skill Bahasa Mandarin Sarwendah Bikin Salfok". Harian Disway. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2024. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  13. ^ Paul Cardoso (11 Jun 2022). "Sarwendah Tan – Biography, History, Age, Weight, Height, Relationships ". Brilio. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  14. ^ Sri Jumiyarti Risno (3 Mei 2024). "Joining a girlband before marrying Ruben Onsu, take a peek at 11 portraits of Sarwendah's early career ". Brilio. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2024. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  15. ^ Rini Apriliani (19 Jun 2024). "Ini Perjalanan Karier Sarwendah, dari Anggota Cherrybelle hingga Menikah dengan Ruben Onsu". Beautynesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  16. ^ Melvina Tionardus, Andika Aditia (6 Oktober 2022). "Biodata Sarwendah Tan Lengkap". Kompas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2022. Dicapai pada 6 Julai 2024.
  17. ^ Darmadi Sasongko (13 Ogos 2012). "Ruben Onsu dan Wenda Tunangan". KapanLagi. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2023. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  18. ^ a b Nastiti Swasiwi Nurfiranti (12 Jun 2024). "Fakta-fakta Pernikahan Ruben Onsu-Sarwendah yang Terancam Karam". InsertLive. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2024. Dicapai pada 5 Julai 2024.
  19. ^ Rahman Hakim (12 Jun 2024). "Kisah Cinta Ruben Onsu dan Sarwendah Tan Hingga Akhirnya Ajukan Gugatan Cerai". Prokal.co. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2024. Dicapai pada 5 Julai 2024.


Pautan luar

  • l
  • b
  • s