Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) (High Performance School) di Malaysia ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.[1]
Latar belakang
Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009.
Sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.
Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT Kohort 1 oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada 25 Januari 2010 dan majlis pengiktirafannya telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010. Pada 18 Februari 2011, sebanyak 23 buah sekolah pula telah diumumkan sebagai SBT Kohort 2[2] oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak. Pada 4 Februari 2012 pula, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan lagi senarai 14 buah sekolah sebagai SBT Kohort 3[3] dalam satu majlis pengiktirafan SBT di Putrajaya. Seterusnya pada 28 Disember 2012, 25 buah sekolah lagi diberi taraf SBT, menjadikan jumlah kesemuanya 91 buah.[4]
Rasional
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:
- Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia). - Menghasilkan Murid Cemerlang
Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi. - Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem
Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.
Pemilihan
Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Pendidikan, TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dan Sekretariat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysian (SKPM).
Pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan:
Saringan Pertama: Sekolah berada dalam band satu (1), iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.
Saringan Kedua: KPM akan memilih sekolah yang layak daripada band satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan menggunakan instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.
Saringan Ketiga: Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 % dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK akan diambil kira. Jawatankuasa pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Penentuan Band Sekolah
Band | Skor komposit (%) | |
---|---|---|
Sekolah rendah | Sekolah menengah | |
1 | ≥85 | ≥90 |
2 | 75–84.99 | 80–89.99 |
3 | 65–74.99 | 70–79.99 |
4 | 55–64.99 | 60–69.99 |
5 | 45–54.99 | 50–59.99 |
6 | 35–44.99 | 40–49.99 |
7 | ≤34.99 | ≤39.99 |
Ganjaran
Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi dan pemilihan murid.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi
Kohort | Jenis sekolah | Nama sekolah | Singkatan | Negeri | Moto | Laman web rasmi sekolah |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | SBP | The Malay College Kuala Kangsar | MCKK | Perak | Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia) | [1] |
1 | SBP | Sekolah Seri Puteri | SSP | Selangor | Ilmu, Usaha, Jaya | [2] |
1 | SBP | Sekolah Sultan Alam Shah | SAS, SSAS | Putrajaya | Chita, Usaha, Jaya | [3] |
1 | SBP | Kolej Tunku Kurshiah | KTK, TKC | Negeri Sembilan | Rajin dan Usaha, Tangga Kemajuan | [4] Diarkibkan 2013-06-03 di Wayback Machine |
1 | SBP | Kolej Islam Sultan Alam Shah | KISAS, SASIC | Selangor | Bersama Merangkul Keunggulan | [5] Diarkibkan 2015-10-06 di Wayback Machine |
1 | SBP | Sekolah Dato' Abdul Razak | SDAR | Negeri Sembilan | Berilmu untuk Berjasa | [6] |
1 | SBP | Sekolah Tun Fatimah | STF | Johor | Berusaha Tangga Kejayaan | [7] |
1 | SBP | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim | SMSAH | Kedah | Belajar dan Berbakti | [8] |
1 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra | SMSTSP | Perlis | Tekun, Usaha, Jaya | |
1 | SBP | Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah | SMSMS, MOZAC | Melaka | Bersikap Membina | [9] |
1 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara | Kuala Lumpur | Nisi Dominus Frustra | [10] | |
1 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George | SGGS, SMKPSG | Pulau Pinang | Aut Viam Inveniam Aut Faciam (Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan) | [11] |
1 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman | Selangor | Berusaha Ke Medan Jaya | [12] | |
1 | SMK | Kolej Sultan Abdul Hamid | Kedah | Scholar,Sportman,Gentleman | [13] | |
1 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki | SABKL | Kuala Lumpur | Pelajaran Panduan Hidup | [14] |
1 | SMK | Sekolah Menengah King Edward VII | SMKE | Perak | Magni Nominis Umbra | |
1 | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara | SKSBU | Kuala Lumpur | Tanpa Tuhan Tiada Segalanya | |
1 | SK | Sekolah Kebangsaan Zainab 2 | SKZ2 | Kelantan | Berusaha Lunas Kejayaan | [15] |
1 | SK | Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2) | Johor | Rajin dan Gigih | ||
1 | SK | Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara | SKBD | Kuala Lumpur | Setia, Maju | [16] |
1 | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Taiping | Perak | Simple in Virtue and Steadfast in Duty | ||
1 | SK | Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 | SKTTDI1 | Kuala Lumpur | Usaha Tangga Kejayaan | [17] |
2 | SABK | Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Terengganu | SMIYT, iKT, | Terengganu | ||
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Alam Shah | SMSAS, ASiS | Kuala Lumpur | Kreatif, Inovatif, Produktif | [18] |
2 | SBP | Sekolah Tuanku Abdul Rahman | STAR | Perak | Ilmu Panduan Hidup | [19] |
2 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak | SBPIGBK, INTEGOMB | Kuala Lumpur | Benar, Tepat, Efektif | [20] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Miri | SMSM, SAINSRI | Sarawak | Berusaha, Berilmu, Beramal | [21] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Seri Puteri | SESERI | Kuala Lumpur | Proaktif, Inovatif, Efektif | [22] |
2 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu | SBPIKP, I-KUPS | Kedah | Cemerlang, Gemilang, Terbilang | [23] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra | SMSTMFP | Kelantan | Sains Asas Kemajuan | [24] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Selangor | SMSS | Kuala Lumpur | Budi, Usaha, Bakti | [25] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Muar | SAMURA | Johor | Berilmu, Berbakti | [26] |
2 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak | SBPITAR, InSTAR | Pahang | Beyond Success | [27] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub | SEMESTA | Pahang | Ilmu, Amal, Budi | [28] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir | SASER | Negeri Sembilan | Berilmu, Beriman, Berbakti | [29] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Sabah | SMESH | Sabah | Teguh, Setia, Budi | [30] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Kuching | SAINSKU | Sarawak | Berilmu, Berwawasan | [31] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu | SMAPL | Negeri Sembilan | Ilmu, Iman, Amal | [32] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor | KUSESS | Selangor | Berilmu, Beramal, Berbakti | [33] |
2 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tapah | SESTA | Perak | Berilmu , Bertakwa | [34] |
2 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong | SMKLB | Terengganu | Cemerlang, Gemilang, Terbilang | [35] |
2 | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat | Kelantan | [36] | ||
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Muar | Johor | Tulus dengan Fadilat, Azam dengan Bakti | [37] | |
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Biram | SKSB | Pahang | Pengetahuan Suluh Kemajuan | [38] |
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin | SKSAT | Kedah | Usaha Tangga Kejayaan | [39] [40] |
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Setiawangsa | SKTS | Kuala Lumpur | Iman, Ilmu, Bakti | [41] |
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan | Pahang | Ilmu Menerangi Kejahilan | [42] | |
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai | Sarawak | |||
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail | SKSI | Terengganu | Pengetahuan Asas Kemajuan | [43] |
2 | SK | Fail:Sekolah Kebangsaan Jalan 3.jpg Sekolah Kebangsaan Jalan 3 | SKJ3 | Selangor | Ilmu, Iman, Amal | [44] |
2 | SK | Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam | SKS9SA | Selangor | Menyayangi, Mendidik, Cemerlang | [45] |
2 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan China 2-D | Pulau Pinang | |||
2 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick Hung | Selangor | [46] | ||
2 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung Hua Sibu | Sarawak | [47] | ||
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | SMSSMJ, SMOJI | Kedah | Berilmu dan Berbudi | [48] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar | STJ | Negeri Sembilan | Maju Sempurna | [49] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi | SAKTI | Johor | Ilmu, Bakti, Kualiti | [50] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Johor | SMSJ | Johor | Budi, Karya, Bakti | [51] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim | SKPSI | Johor | Bertugas Maju, Cuba Bersungguh | [52] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent | SKIJC | Johor | Simple in Virtue and Steadfast in Duty | [53] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Ibrahim | Kedah | [54] | ||
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 | SKSS1 | Terengganu | Perkhidmatan Diutamakan Dari Diri | [55] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud | SKTM | Terengganu | Keazaman Arah Kejayaan | [56] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Assunta Convent (M) | Pahang | |||
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Minden Height | Pulau Pinang | Bacalah | ||
3 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, Bayan Lepas | Pulau Pinang | 敬爱诚朴 | [57] | |
3 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H | Kedah | |||
3 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2 | Johor | [58] | ||
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud | SESMA | Terengganu | Disiplin, Kualiti, Dedikasi | [59] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Kepala Batas | SMSKB, KEBSES, SAKBA | Pulau Pinang | Kualiti Pemangkin Kecemerlangan | [60] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Pokok Sena | SMSPS, SAINA | Kedah | Berilmu, Beramal, Bertaqwa | [61] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah | SEMSAS | Pahang | Hidup Berjasa | [62] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor | SEMASHUR | Selangor | Usaha, Amal, Bakti | [63] |
3 | SBP | Sekolah Menengah Sains Labuan | SMSL, SMEXCEL | Labuan | Usaha, Jaya, Bakti | [64] |
3 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit | SBPIBR, BRaInS | Terengganu | Berilmu, Berakhlak, Berkualiti | [65] |
3 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar | SBPIS, SISMe | Melaka | Cemerlang, Berwawasan | [66] |
3 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan | SBPIK, INTEK | Pahang | Membentuk Generasi Pemimpin | [67] |
3 | SMK | Kolej Sains Pendidikan Islam | Terengganu | |||
3 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor | Johor | |||
3 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent | Johor | Simple in Virtue and Steadfast in Duty | [68] | |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan | SKTAI | Terengganu | Ilmu Suluh Jiwa | [69] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Zainab (1) | Kelantan | |||
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Bertam Indah | SKBI | Pulau Pinang | Berilmu, Beramal, Berbakti | [70], [71] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma | SKSA | Kedah | Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan | [72], [73] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2) | SKCIJ2 | Melaka | Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti | [74] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2 | SKBP2 | Johor | Berilmu, Berwawasan, Beretika | [75] |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Gaya | SKSG | Sabah | [76] | |
3 | SK | Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2), Melaka | Melaka | Hidup Bernilai | ||
3 | SK | Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani | SKBM | Johor | Pengetahuan Suluh Kemajuan | [77] |
3 | SK | Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera | SRKSI | Perlis | Usaha, Kejujuran, Kesetiaan | [78] |
3 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ave Maria Convent | Perak | Simple in Virtue and Steadfast in Duty | [79] | |
3 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Bin | Melaka | Ilmu Obor Kemajuan | [80] | |
3 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union, Pulau Pinang | Pulau Pinang | [81] | ||
4 | SBP | Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan | SHAH Pekan | Pahang | Ilmu, Amal, Budi | [82] |
4 | SBP | Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu | SMSKP | Kedah | Sukses, Kreatif, Produktif | [83] |
4 | SBP | Sekolah Menengah Sains Machang | SMACH | Kelantan | Berusaha,Berilmu,Berbakti | [84] |
4 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol | SBPIJ, INTEJ | Negeri Sembilan | Ilmu Memantapkan Iman | [85] |
4 | SBP | Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah | SERATAS | Perak | Berdisiplin, Berilmu, Berbakti | [86] |
4 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng | SBPIGPG, I-GOP | Perak | Ilmu, Amal, Iman | [87] |
4 | SBP | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang | SMAPK | Selangor | Ilmu, Iman, Amal | [88] |
4 | SBP | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang | SBPIR, SEPINTAR | Selangor | Sumber Penjana Muslim Bestari | [89] |
4 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat | SDPB | Johor | Usaha, Jaya, Bakti | [90] |
4 | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah | SMASR, SMSR | Melaka | Al-Amanah | [91] |
4 | SMKA | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad | SMAI, AIRIS | Pulau Pinang | Al-Iman, Asasu, An-Najah | [92] |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam | SKTMBP | Johor | Berbudi Berbakti | [93] |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (1) | SKCIJ1 | Melaka | Simple in Virtue and Steadfast in Duty | [94] |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Tanah Rata | Pahang | Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti | [95] | |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II | SKSIII | Perak | Ilmu Panduan Hidup | |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Marian Convent | Perak | Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti | [96] | |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane | SKCGLPP | Pulau Pinang | Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti | [97] |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Taman Megah | SKTM | Selangor | Tekun Berusaha | [98] |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong | SKBJ | Selangor | Berilmu, Berdisiplin, Berbudaya | [99] |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Sri Petaling | SKSP | Selangor | [100] | |
4 | SK | Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) | SKPP11satu | Putrajaya | Iman dan Ilmu Penjana Bakti | [101] |
4 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rem | Johor | |||
4 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Chiang | Pulau Pinang | 勤,朴,公,勇 (Diligence, Moderation, Fairness, Braveness) | [102] | |
4 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng 2 | Kuala Lumpur | [103] | ||
5 | SBP | Sekolah Menengah Sains Rembau | SEMESRA | Negeri Sembilan | Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang | [104] |
5 | SBP | Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin | SMSTSSS, SOKSEK, TUNASS | Pulau Pinang | Ilmu Asas Kemajuan | [105] |
5 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang | SMART | Pahang | Ilmu, Ihsan, Bestari | [106] |
5 | SMK | Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul | SMKBJ | Pulau Pinang | Cemerlang, Gemilang, Terbilang | [107] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Air Merah | SKAM | Kedah | Pengetahuan Menjana Wawasan | [108] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Baharu | SKSWB | Kelantan | Berdisiplin, Cemerlang Sentiasa, Berusaha | [109] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 | SKKK3 | Kelantan | Berilmu, Berdisiplin, Berwawasan | [110] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan St Thomas | SKST | Pahang | ||
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Lingga Baru | SKLB | Sabah | Pendidikan Maju Pelita Hidup | [111] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Saujana Impian | SKSI | Selangor | Berdisiplin, Berhemah, dan Berketrampilan | [112] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, Terengganu | SKKR | Terengganu | Ilmu Sahabat Sejati | [113], [114] |
5 | SK | Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) | SKPP92 | Putrajaya | Usaha, Cemerlang, Terbilang | [115] |
5 | SJK | Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ringlet | Pahang | Berdisiplin, Berilmu, Berjaya |
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- Amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Malaysia
- Panduan Pelaksanaan Autonomi Pemilihan Murid Sekolah Berprestasi Tinggi