Sharifah Khatreena Nuraniah

Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail
Yang Amat Mulia Sharifah
KeputeraanSharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail
(1995-02-10) 10 Februari 1995 (umur 29)
Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia
Nama penuh
Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
KerabatJamalullail Perlis
AyahandaTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
BondaTuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
AgamaIslam
Kerabat
Jamalullail

DYMM Raja
DYMM Raja Perempuan

YAM Tengku Syarif Bendahara
YM Tengku Puan Bendahara

  • YM Syed Mashafuddin
    YM Sharifah Lubnah
  • YM Sharifah Basma Alawiya
    YBhg. Encik Faizal
    • Muhammad Azim Ilyas
    • Ilnas Aisha
    • Inara
  • YM Sharifah Bahiya Abla
  • YM Sharifah Bashira Asma

YAM Tengku Syarif Temenggong
YM Che Puan Temenggong

  • YDM Syed Budriz Putra Jamalullail, Engku Maharaja Lela Setia Paduka Selangor
    YM Tengku Aressa Helanie binti Tengku Abdul Halim
    • YM Syed Aqil Harryth
    • YM Sharifah Allyssa Hanis
  • YM Sharifah Rima Irwani
    • Wan Putra Muhammad Khalil
    • Wan Putri Khadija
  • YM Sharifah Amelia Safina
  • YM Sharifah Nurul Afzan
  • YM Sharifah Selena

YAM Tengku Syarif Laksamana
YM Tengku Puan Laksamana

  • YM Syed Muhammad Hazrain
    Halina binti Abdul Halim
    • YM Syed Hazriq
    • YM Syed Hazriv
  • YM Syed Muhammad Hafiz
  • YM Sharifah Razlin
  • YM Sharifah Raihan

YAM Tengku Syarif Panglima
YAM Tengku Puan Panglima

  • YDM Dato' Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Engku Panglima Setia Diraja Selangor
    YBhg. Datin Nurlin binti Dato' Seri Mohd Salleh
    • Sharifah Nur Alara Budriah Jamalullail
    • Syed Azlan Salahuddin Putra Jamalullail
    • Sharifah Nur Zahra Hatijah Jamalullail
    • Sharifah Nur Ilana Bainunsafia Jamalullail
  • YM Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamalullail
    YBhg. Puan Siti Sarah Anne Noble
    • YM Syed Ayden Husain Mateen Aziz Putra Jamalullail
  • YM Datin Dr. Sharifah Eliza Cornelia Putri Jamalullail
    YTM Dato' Dr. Tunku Muzafar Shah
    • YM Tunku Inaya Rahimah
YAM Dato’ Seri Syed Zainal Rashid

YAM Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
YM Dato' Paduka Tengku Ilham Malina binti Tengku Arif Temenggong Tengku Haji Abdul Aziz

  • YM Syed Fariz Naqiuddin
  • YM Syed Haniff
  • YM Sharifah Zarina Tasha

YAM Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail
YBhg. Datin Seri Fazlyn binti Ahmad

  • YM Syed Fezriq
  • YM Syed Felsharn
  • YM Syed Fernarsh
  • YM Sharifah Felucia Aneetra Delfea
  • l
  • b
  • s

Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (diputerakan pada (1995-02-10)10 Februari 1995 di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan anakanda pertama dan puteri sulung kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pendidikan

Yang Amat Mulia menerima pendidikan di INTER-COMMUNITY SCHOOL (ICS) OF ZURICH ketika menetap di Zumikon, Switzerland. Ayahandanya pernah bertugas sebagai Pengurus Kawasan di Switzerland, Austria dan negara-negara Eropah Tengah ketika berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Beliau menerima dwi Ijazah Sarjana Muda Sastera (dalam Jurusan Politik dan Perhubungan Antarabangsa) dari Universiti Melbourne di Australia.[1]

Kehidupan peribadi

Yang Amat Mulia mempunyai seorang adinda perempuan, Sharifah Farah Adriana, yang diputerakan pada 4 Mac 2001 dan seorang adinda lelaki, Syed Sirajuddin Areeb Putra, yang diputerakan pada 12 April 2009.

Kerjaya

Yang Amat Mulia mempunyai rangkaian perniagaan fesyen jenama Khatreena yang menjurus kepada seni rekaan busana dan tudung wanita. Jenama rangkaian fesyen Khatreena miliknya sering terlibat dalam acara fesyen tahunan Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap bulan Ogos di Kuala Lumpur,Malaysia.[2] Acara pertunjukkan fesyen ini ialah satu siri acara musim panas (umumnya berlangsung selama lima hari) di mana koleksi rangkaian fesyen tempatan dan antarabangsa akan dipertontonkan kepada pembeli, pengamal media dan akhbar serta masyarakat umum.[3]

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Sharifah Khatreena Nuraniah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 10 Februari 1995 – 1 Ogos 2000: Yang Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail
  • 1 Ogos 2000 - kini: Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Rujukan

  1. ^ Bernama (17 Disember 2015) Puteri sulung Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, menerima ijazah daripada University of Melbourne, Australia. Utusan Borneo.
  2. ^ Rosmah Idayu (10 Julai 2019) Penampilan Bonda Pengaruhi Minat YAM Sharifah Khatreena Nuraniah Terokai Dunia Fesyen NONA.
  3. ^ Zaiton Manaf (4 September 2022) Sharifah Khatreena tonjolkan sifat tersendiri kopi dalam himpunan fesyen koleksi terbaharu Sinar Harian.

Lihat juga