Sultan Mahmud Al Rasyid

Sultan Mahmud Al Rasyid
Perkasa Alam
Sultan Deli
Pemerintahan1858 - 1873
Didahului olehSultan Osman Perkasa Alam
Nama diraja
Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mahmud Al-Rasyid Perkasa Alam
Nama selepas mangkat
Marhum Kota Batu
AyahandaSultan Osman Perkasa Alam

Sultan Mahmud Al-Rasyid Perkasa Alam ialah seorang pemerintah beraja di Indonesia. Baginda ialah Sultan Deli ke-8 yang memerintah pada 1858 - 1873,[1]

Sultan Deli

Baginda adalah anak sulung Sultan Osman Perkasa Alam. Baginda telah ditabalkan untuk menggantikan bapanya yang mangkat. Sultan Mahmud ditabalkan pada tahun 1858 atau pada 4 Rabiulawal 1275 Hijrah. Baginda mangkat pada 6 Februari 1873, pada usia 44 tahun. Gelaran baginda selepas berpulang adalah Marhum Kota Batu. Baginda telah dikebumikan di perkarangan Masjid Raya Al-Osmani di Labuhan Deli, Sumatera Utara.[perlu rujukan]

Lihat juga

  • Sultan Deli
  • Kesultanan Deli

Rujukan

  1. ^ "Dilantik Jadi Sultan Deli XIV, Aria Lamanjiji Kunyah Permen". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-09-15.


Didahului oleh:
Osman Perkasa Alam
Sultan Deli
1858-1873
Diikuti oleh:
Sultan Ma'mun Al Rasyid Perkasa Alam