Taman Memorial Keamanan Hiroshima
Lokasi Taman Memorial Keamanan Hiroshima pada satu ketika pernah menjadi daerah komersial dan kediaman yang paling sibuk di pusat bandar ini. Taman ini dibina di atas padang terbuka yang dihasilkan impak daripada letupan. Hari ini, terdapat banyak tugu peringatan dan monumen, muzium, dan dewan kuliah, yang berjaya menarik lebih sejuta pelawat setiap tahun. Majlis Peringatan Keamanan diadakan pada 6 Ogos pada setiap tahun. Majlis ini ditaja oleh bandar Hiroshima dan turut diadakan di taman itu. [1] Taman Memorial Keamanan bukan sahaja bertujuan untuk memperingati mangsa pengeboman, tetapi juga untuk mengekalkan ingatan tentang kengerian nuklear dan menyokong keamanan dunia . [2]