Tanah hak peribumi

Hak tanah peribumi atau hak tanah bumiputera adalah hak orang asli terhadap tanah, sama ada secara peribadi atau bersama.

Malaysia

Di Sarawak, hak tanah adat Bumiputra diakui oleh Kanun Tanah Sarawak 1957. Konsep tanah hak adat bumiputera (native customary right, NCR) adalah termasuk:

Temuda

  • kawasan tanah yang telah diteroka untuk aktiviti pertanian
  • telah diteroka sekali atau lebih

Pendam

  • kawasan perkuburan
  • biasa dalam kawasan hutan di lereng bukit
  • kawasan kubur lama biasa nya terdapat barang-barang seramik berupa pinggan mangkuk yang telah pecah

Pemakai menua

  • kawasan tanah dan sungai tempat mencari sumber makanan
  • biasanya kawasan ini tidak digunakan untuk pertanian tetapi kawasan hutan simpanan
  • kawasan ini sangat penting sebagai sumber mencari rezeki

~ cth: hutan tempat memburu binatang, mendapatkan kayu dan rotan untuk kegunaan rumah, makanan dari tumbuhan serta ubat-ubatan
~ sungai tempat mencari makanan seperti ikan, siput, udang dan siput

Pulau Galau

  • kawasan hutan ini biasanya terdapat di puncak bukit dan banjaran
  • ia disebut sebagai 'pulau' kerana bahagian lereng hingga ke lembah sungai telah diteroka untuk pertanian
  • kawasan hutan ini disimpan sebagai tanda sempadan dengan tanah orang lain dari sebelah bukit.
  • kepentingan lain sebagai simpanan kayu, tempat memburu dan pelbagai hasil yang lain