Tobiko

Tobiko in varying colors, served as sushi

Tobiko (とびこ?) ialah perkataan Jepun bagi telur ikan terbang. Ia dikenali kerana penggunaannya dalam penyediaan sesetengah jenis sushi.

Telurnya kecil sekitar 0.5 hingga 0.8 mm. Untuk perbandingan, tobiko adalah lebih besar dari masago (telur ikan capelin), tetapi lebih kecil dari ikura (telur ikan salmon). Tobiko asli mempunyai warna merah-jingga, mempunyai sedikit rasa masin dan salai serta tekstur yang rangup.

Tobiko, adalam warna aslinya, diletakkan di atas tuna Albacore panggang

Kadang kala tobiko diwarnakan untuk mengubah rupanya, bahan lain digunakan untuk mengubahnya, seperti dakwat sotong untuk menjadikannya hitam, yuzu untuk menjadikannya jingga pucat (hampir kekuningan), atau juga wasabi untuk menjadikannya hijau dan pedas. Adakala jua satu hidangan tobiko mengandungi beberapa warna yang berbeza.[1]

Apabila disajikan sebagai sashimi, ia dihidang dengan potongan avokado. Tobiko digunakan dalam penyediaan banyak masakan Jepun. Lazim juga Tobiko digunakan sebagai bahan untuk gulungan California.

Selalunya, masago, telur ikan capelin atau ikan belanak digunakan sebagai ganti untuk tobiko, disebabkan rupa dan rasa yang serupa. Saiz yang kecil bagi setiap biji telurnya, walau bagaimanapun, mudah dikenali perbezaannya bagi mereka yang sudah pakar.

Gizi

Telur ikan mentah mempunyai gizi atau nutrisi yang tinggi disebabkan tinggi kandungan vitamin, protein dan nisbah omega-3 kepada omega-6 yang besar.[2]

Rujukan

  1. ^ Food Republic http://www.foodrepublic.com/2013/04/19/what-tobiko-and-whats-different-colors. Dicapai pada 18 October 2014. Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ Self Nutrition Data
  • l
  • b
  • s
Sushi
  • Sejarah sushi
  • Senarai bahan sushi dan sashimi
  • Chūtoro
  • Decouverte du Sushi
  • Gari (halia)
  • Gulungan California
  • Gulungan Seattle
  • Hanaya Yohei
  • Hangiri
  • Kulit tauhu
  • Odori ebi
  • Omakase
  • Piza sushi
  • Sos tare
  • Sushi
  • Sushi sawat penyampai
  • Tobiko
  • Wasabi
  • l
  • b
  • s
Telur ikan
Telur ikan