Tragedi Oktober

Tragedi Oktober
PengarahYusof Kelana
PenulisYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Fetty Ismail
Yusof Kelana
Dibintangi
  • Awie
  • Erra Fazira
  • Amy Mastura
  • Riezman Khuzaimi
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
ME Communications
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
1996
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 3.2 juta

Tragedi Oktober (Sembilu III)ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 1996 yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Yusof Kelana dan filem ini juga merupakan kesinambungan kisah daripada Sembilu II. Dibintangi Awie, Erra Fazira, Amy Mastura dan Riezman Khuzaimi.

Sinopsis

Perkahwinan Wati (Erra Fazira) dan Syamsul (Riezman Khuzaimi) telah menjangkau enam tahun dan mereka dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie. Sementara itu, kebahagiaan Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama dimana suatu tragedi menimpa suaminya. Wati kemudian hidup menjanda bersama anaknya. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di suatu majlis menimbulkan satu nostalgia diantara mereka. Kehadiran Awie tidak dapat diterima oleh Wati kerana dia sudah menggangap Awie sudah tidak ada dalam hidupnya lagi. Pada Awie pula, dia sekadar simpati terhadap nasib Wati dan anaknya, Shamin. Masa berlalu begitu cepat, kemesraan yang berputik diantara mereka menimbulkan ketegangan dalam hubungan diantara Awie dan Farah. Farah menggangap Wati cuba merampas Awie semula daripadanya. Awie mengambil keputusan untuk bertunang dengan Farah, sekaligus memberikan keyakinan dan kejujurannya kepada Farah. Tetapi, segalanya tidak tamat disitu. Farah mahu pastikan Wati tidak mengganggu hidupnya serta tidak wujud diantara dia dan Awie. Akhirnya terjadilah sebuah tragedi yang menyayat hati.

Pelakon

  • Awie sebagai Awie, Penyanyi terkenal dan bekas teman lelaki Wati dan teman lelaki Farah
  • Erra Fazira sebagai Wati,Isteri Syamsul kemudian balu selepas kematian Syamsul dan bekas teman wanita Awie
  • Amy Mastura sebagai Farah,Teman wanita Awie yang cemburu hubungan Awie-Wati
  • Riezman Khuzaimi sebagai Syamsul,Suami Wati namun meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja
  • Alice Voon sebagai Alice,Kawan karib Wati
  • Jojet sebagai Jojet,Kawan merangkap Pengurus Awie
  • Hairie Othman sebagai Razman,Bekas teman lelaki Farah
  • Rosnah Mat Aris sebagai Ibu Farah
  • Majed Salleh sebagai Pengurus syarikat rakaman BMG Music Malaysia

Sambutan

Filem ini dikeluarkan pada tahun 1996 dan mendapat kutipan sebanyak RM 3.2 juta.

Lagu

  • Tragedi Oktober, Nostalgia Cinta dan Ratuku (Awie)
  • Meniti Hari (Amy Mastura)
  • Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Faizra)

Pautan luar

  • l
  • b
  • s