Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail

Tunku Iskandar
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Raja Muda Johor[1]
Pemerintahan22 November 2018 - kini
Didahului olehTunku Ismail
KeputeraanTunku Iskandar
Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar
(2017-10-14)14 Oktober 2017 (umur 6 tahun, 10 bulan dan 30 hari)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Nama penuh
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail
Nama diraja
Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail
KerabatTemenggong Johor Kesultanan Johor
AyahandaMejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail
BondaChe’ Puan Mahkota Khaleeda
AgamaIslam

Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail[2] (diputerakan pada (2017-10-14)14 Oktober 2017 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru) merupakan Raja Muda Johor serta anakanda kedua dan putera sulung kepada Tunku Mahkota Johor dan Pemangku Sultan Johor, Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Kehidupan awal

Tunku Iskandar diputerakan di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada 14 Oktober 2017.[3] Namanya, Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail telah diumumkan melalui kenyataan media pada hari yang sama dan namanya dipilih atas telek pandang dan limpah perkenan paduka nendanya Sultan Ibrahim serta persekutuan Jumaah Majlis Diraja Johor.[4]

Tunku Iskandar juga merupakan cucunda kedua kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Kehidupan peribadi

Tunku Iskandar mempunyai seorang kekanda perempuan iaitu YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, yang diputerakan pada 25 Jun 2016. Baginda juga mempunyai seorang adinda lelaki, YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim, yang diputerakan pada 17 Julai 2019 dan seorang adinda perempuan, YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah, yang diputerakan pada 21 April 2021.

Kerabat dan keluarga

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Amat Mulia
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
(1984-06-30)30 Jun 1984 Johor Bahru 40 tahun, 2 bulan dan 14 hari
Yang Amat Mulia
Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam
(1993-07-16)16 Julai 1993 Kuala Lumpur 31 tahun, 1 bulan dan 28 hari
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 8 tahun, 2 bulan dan 19 hari
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim (2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 5 tahun, 1 bulan dan 27 hari
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah (2021-04-21)21 April 2021 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 3 tahun, 4 bulan dan 23 hari

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tunku Iskandar
Standard of the Raja Muda
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku
Gaya pilihan Raja Muda
  • 14 Oktober 2017 - 22 November 2018 : Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail
  • 22 November 2018 - kini  : Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor

Darjah kebesaran

  • p
  • b
  • s
Keturunan Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail
16. Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
8. Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail
17. Ungku Tun Amina Binti Ungku Ahmad
4. Sultan Ibrahim
18. Reginald Trevorrow
9. Enche' Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah (nee Josephine Rudy Trevorrow}
19. Ungku Maimuna Binti Ungku Abdul Majid
2. Tunku Ismail Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
20. Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris
10. Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah II
5. Raja Zarith Sofiah
11. Raja Muzwin Binti Almarhum Raja Arif Shah
1. Tunku Iskandar Abdul Jaili Abu Bakar Ibrahim
12. Daud
6. Bustamam Bin Daud
13. Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid
3. Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam
14. Abdul Aziz
7. Aziyah Binti Abdul Aziz
15. Engku Maimuna Binti Ungku Abdul Majid

Rujukan

  1. ^ Tunku Iskandar Abdul Jalil dilantik Raja Muda Johor
  2. ^ Rasid, Junita Mat (2018-11-22). "Putera sulung TMJ dilantik Raja Muda Johor". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-13.
  3. ^ Mohd Fahmi Mohd Yusof (14 Oktober 2017). "TMJ sambut putera, pewaris takhta". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.
  4. ^ Mohd Sabran Md Sani (14 Oktober 2017). "Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.

Pautan luar