Wikipedia Bahasa Bosnia (Bahasa Bosnia: Wikipedia na bosanskom jeziku) adalah Wikipedia versi bahasa Bosnia, yang dihoskan oleh Yayasan Wikimedia. Setakat 28 November 2019, ia mempunyai lebih dari 80,000 rencana. Ia dibuat pada 12 Disember 2002 dan rencana pertama adalah Matematika.[1]
Komuniti
Pada 17 Februari 2007, ahli komuniti wiki Bosnia mengadakan acara perjumpaan secara langsung di Sarajevo.[2] Mesyuarat lain diadakan pada tahun yang sama, diikuti dengan pertemuan pada 2008 dan 2011.[3]
Nota
Bahasa Bosnia secara rasmi menggunakan dua skrip, Latin dan Cyrillic; namun, Wikipedia berbahasa Bosnia tidak menampilkan penukar skrip seperti edisi bahasa Serbia.
Rujukan
^"First article Matematika" (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2002. Dicapai pada 24 November 2013.
^"First community meeting" (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2007. Dicapai pada 24 November 2013.
^"Follow up meetings" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2013.
Pautan luar
Wikipedia Bahasa Bosnia
Wikipedia Bahasa Bosnia versi mudah alih
l
b
s
Senarai Wikipedia dalam pelbagai bahasa di dunia mengikut bilangan artikel