Will You Still Love Me Tomorrow (lagu)
"Will You Love Me Tomorrow" | |
---|---|
Single oleh The Shirelles | |
Syarikat | Scepter Records |
Penulis | Gerry Goffin, Carole King |
Penggubah | Carole King |
Penulis seni kata | Gerry Goffin |
sunting · sunting di Wikidata |
"Will You Love Me Tomorrow" (Akankah Kau Mencintai Ku Esok), ialah sebuah lagu yang dikarang Gerry Goffin dan Carole King, dan asalnya dirakamkan oleh The Shirelles. Pada satu segi lagu ini merupakan "jawapan" Carole King kepada sebuah lagu ("Oh Carol") rakaman bekas teman lelakinya, Neil Sedaka. Lagu ini dirakamkan oleh ramai penyanyi dan mendapat pangkat ke-126 dalam senarai 500 lagu terhebat (The 500 Greatest Songs of All Time) majalah Rolling Stone. Lagu ini ditulis dalam bentuk AABA ataupun bentuk 32 bar.[1]
Lagu asal ditulis dalam Skala C major.[2]
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Rakaman
Ramai penyanyi dan kumpulan muzik merakam lagu ini termasuklah:
- Carole King, penulis lagu memuatkan lagu ini dalam albumnya Tapestry (1971), dengan Joni Mitchell dan James Taylor sebagai penyanyi latar.
- Dave Mason mendapat kedudukan #39 dalam senarai Billboard Hot 100 pada tahun 1978.
- Ronnie James Dio dengan kumpulannya "The Prophets" mengeluarkan versi lagu pada tahun 1962.
- Ben E. King mengeluarkan versi cover dalam albumnya Ben E. King Sings for Soulful Lovers.
- Dusty Springfield memuatkan versinya dalam album A Girl Called Dusty. Springfield juga merakam lagu dalam bahasa Perancis bergelar Demain tu peux changer.
- Kumpulan Rainbow memainkan lagu ini dalam album pengembaraan Down to Earth.
- Joe Walsh merakam satu versi dalam album Songs for a Dying Planet.
- Joseph Leo Bwarie merakam versi jaz dalam albumnya, Nothin' But Love'
- U2 memainkan cebisan lagu dalam konsert kembara 360 Tour.
- Amy Winehouse merakamkannya bagi filem Bridget Jones: The Edge of Reason dalam tempo perlahan.