Ya, Cikgu!
Ya, Cikgu! ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 yang disiarkan di TV3 sepanjang bulan Syawal pada 10 April 2024 hingga 14 April 2024.
- Drama
- Komedi
- MF Kencana
- Azal Ezreen
- Fadhli Masoot
- Trisha Ooi
Zuraida Selamat
Tonton
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Sinopsis
Kehendak jiwa yang berbeza telah menimbulkan perbalahan antara Amin (Fadhli Masoot) dan bapanya, Cikgu Zaman (Khir Rahman).
Cikgu Zaman inginkan anaknya meneruskan legasi keluarga untuk memilih cikgu sebagai kerjaya walaupun Amin lebih cenderung untuk menceburi bidang seni.
Sahabat baik Amin, Medina (Trisha Ooi) juga bersependapat dengan Cikgu Zaman kerana Medina adalah guru praktikal di kampung itu. Amin tetap meronta-ronta untuk menceburi bidang seni dan sering menghadiri uji bakat lakonan.
Keadaan menjadi kecoh apabila Amin mengumumkan yang dia berjaya mendapat kerja sebagai cikgu tetapi di sebuah sekolah memandu. Bagaimanakah penerimaan Cikgu Zaman terhadap kerjaya Amin?
Pelakon
Pelakon utama
- Fadhli Masoot sebagai Amin
- Trisha Ooi sebagai Medina
- Khir Rahman sebagai Cikgu Zaman
- Amyza Aznan sebagai Rokiah
- Ku Faridah Ku Shafie sebagai Nek Tum
Pelakon pembantu
- Afifah Nasir sebagai Dahlia
- Muhsin Nadzli sebagai Shuib
- Iman Zulkarnain sebagai Haikal
- Bohari Ibrahim sebagai Penghulu Zahar