Saat Kau Takluk Cinta Ini
- Drama
- Cinta
- Konflik
- Idris Khan
- Intan Najuwa
Ustaz Al-Fadzil Hidzir
Idzuan Dato' Sulaiman
- Pali Yasir
- Muhammad Syifarulnizam
- Wan Ahmad Amirul Asyrah
- Muhammad Danish Haziq
iQiyi (ulangan)
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Saat Kau Takluk Cinta Ini ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 dibintangi oleh Idris Khan dan Intan Najuwa. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 20 Disember 2021 menggantikan Cukup Derita Itu. [1] Ini merupakan projek drama kedua gandingan bersama Idris Khan dan Intan Najuwa selepas Tuan Danial (2019).
Drama ini juga boleh ditonton melalui aplikasi penstriman hiburan, iQiyi.
Sinopsis
Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.
Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.
Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.
Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?
Pelakon
Pelakon utama
- Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
- Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
Pelakon pembantu
- Wafariena sebagai Kamelia
- Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
- Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
- Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
- Farhan Asri sebagai Rafael
- Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
- Edika Yusof sebagai Dato Zhar
- Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
- Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
- Qazem Nor sebagai Hamad
- Raja Noor Baizura sebagai Puan Sally
- Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
- Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
- Raja Azmi sebagai Mak Jah
- Ariell Izz sebagai Faizal
- Asyiqin Zaed sebagai Nelly
- Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya
- Sri Idrina sebagai Ezaty
- Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan
- Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi
Siaran
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Saat Kau Takluk Cinta Ini | Berikutnya |
Cukup Derita Itu | Kau Cipta Kasih |
Drama ini juga disiarkan pada 8 pagi 26 Ogos 2023 – 9 September 2023 pada di Slot Cempaka TV3
Rujukan
- ^ Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini. MyInfoTaip. Dicapai 15 Disember 2021.